Jumaat, 31 Disember 2010

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Johor: Bimbang udara tercemar

Posted: 30 Dec 2010 12:22 PM PST

Wilayah

PEMANDANGAN sekitar Kampung Bahagia, Felda Taib Andak ketika asap dari kilang kelapa sawit dilepaskan.

PEMANDANGAN sekitar Kampung Bahagia, Felda Taib Andak ketika asap dari kilang kelapa sawit dilepaskan.

Kilang kelapa sawit lepaskan asap hingga berjerebu

KULAIJAYA: Penduduk Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, di sini mula bimbang dengan masalah pencemaran udara yang melanda kampung mereka.

Masalah itu mula serius sejak setahun lalu apabila kilang kelapa sawit berdekatan kampung itu melepaskan asap hingga mengakibatkan kawasan itu berjerebu. Penduduk mendakwa, kilang berkenaan biasanya melepaskan asap putih ke udara pada waktu tengah hari dan dan asap hitam pada waktu malam.

Berikutan itu, ramai penduduk kampung mula berasa bimbang kejadian asap hitam menyelubungi ruang udara perkampungan mereka lebih 10 tahun lepas akan berulang kembali.

Penduduk, Mohd Salleh Amin, 47, berkata masalah pencemaran udara akibat pelepasan asap kilang bertambah serius sejak akhir-akhir ini.
Katanya, kali terakhir penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama ialah kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya perhatikan, asap hitam akan dilepaskan pada waktu tertentu terutama tengah malam ketika penduduk sudah lena tidur.

"Walaupun keadaan tidak seteruk dulu tetapi kami di sini khuatir dengan kesihatan penduduk terutama golongan tua serta kanak-kanak yang mudah dihinggapi penyakit.

"Saya minta pihak pengurusan kilang mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana ia boleh mengakibatkan kejadian yang lebih buruk berlaku, " katanya.

Katanya, ada warga tua mengadu sukar untuk bernafas sehingga ada antara mereka menghidap penyakit lelah dipercayai kesan daripada pencemaran udara di kampung berkenaan.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Bahagia, Zulkipli Sulaiman berkata, beliau diberitahu pihak pengurusan kilang membelanjakan RM12 juta untuk menjalankan penambahbaikan namun masalah sama terus berulang.

Katanya, masalah asap hitam berkenaan timbul apabila proses pembakaran gentian dan tempurung dalam campuran secara rawak bagi digunakan sebagai bahan api pepejal untuk dandang pengewapan.

Beliau berkata, akibat penggunaan teknologi usang yang tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman, ia mengakibatkan pelepasan gas karbon monoksida berlaku secara berleluasa akibat proses pembakaran tidak sempurna.

"Waktu ini proses pembakaran masih menggunakan kaedah lama hingga mengakibatkan masalah ini tidak selesai.

"Pihak pengurusan kilang perlu menjalankan inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam," katanya.

Katanya, teknologi baru berkenaan relevan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang mengancam alam sekitar.

"Selain itu, saya menyarankan kurangkan pembakaran secara manual di dandang kerana ia boleh mengurangkan asap hitam berlebihan," katanya.

Katanya, jika masalah berkenaan tidak diatasi dengan segera, penduduk kampung serta kawasan sekitar pasti menanggung akibat yang lebih buruk.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan