Rabu, 29 Disember 2010

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Sebut harga sebelum rawat

Posted: 28 Dec 2010 12:09 PM PST

MukaDepan

Elak pesakit hospital swasta bayar caj terlalu tinggi, buat pilihan

KUALA LUMPUR: Hospital swasta kini perlu memaklumkan secara terperinci dan telus mengenai caj profesional serta caj anggaran dan di luar jangkaan sebelum pesakit diberi rawatan atau dimasukkan ke wad.

Ini bertujuan membolehkan pesakit membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka ada maklumat mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata langkah itu adalah antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat yang diadakan Kementerian Kesihatan, Jumaat lalu, untuk membincangkan langkah bagi mengekang kenaikan kos jagaan kesihatan yang melampau di hospital swasta tanpa menjejaskan kualiti jagaan kesihatan disediakan.

Mesyuarat itu dihadiri Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), ketua pegawai eksekutif dan orang bertanggungjawab bagi hospital swasta, wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO), syarikat insurans, kumpulan profesional serta profesional perseorangan.

Mesyuarat itu diadakan sebulan selepas Berita Harian mendedahkan ramai individu gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit yang digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta.

Pada mesyuarat itu, kementerian menegaskan pihaknya akan memperkukuhkan fungsi untuk mengawal selia dan akan melakukan perkara berikut:

  • Mengkaji serta mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj antara pesakit membayar sendiri dan mereka yang memiliki polisi insurans kerana perkara itu turut menyumbang kepada kos keseluruhan jagaan kesihatan.
  • Mengulangi dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital dan tidak termasuk caj profesional.
  • Memantau hospital swasta dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan terhadap faedah perubatan yang disediakan melalui insurans dengan menjalankan pelbagai prosedur dan pemeriksaan tidak diperlukan ke atas pesakit, dan
  • Secara berterusan akan mengarahkan pengamal perubatan swasta, hospital swasta, MCO, syarikat insurans dan pihak lain yang terbabit untuk memastikan kos jagaan kesihatan serta rawatan dikenakan adalah berpatutan dan munasabah.

    Dr Mohd Ismail dalam kenyataannya semalam, berkata mesyuarat itu juga bersetuju semua MCO tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit yang dikendalikan oleh mana-mana pengamal perubatan, termasuk di klinik perubatan swasta.

    Selain itu, semua perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan pengamal perubatan swasta serta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, perlu menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) tanpa melanggar peruntukan di bawah kod tingkah laku profesional dan etika perubatan.

    Beliau berkata, mesyuarat itu mengenal pasti faktor penyumbang kepada kos jagaan kesihatan termasuklah fi profesional, caj hospital dan isu berkaitan MCO serta syarikat insurans.

    Ada juga hospital swasta didapati menerima tekanan daripada pemegang saham mereka untuk mengenakan caj hospital tertentu yang tinggi terhadap pesakit bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).

    Sehubungan itu, katanya, usaha berterusan sedang dilakukan untuk meminda Jadual Ke-13 mengenai Fi Profesional Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 bagi menangani isu kekaburan caj doktor.

    "Pengurusan hospital dan MCO juga sudah diberitahu supaya jangan menyenaraihitamkan pengamal perubatan yang tidak bersetuju memberi diskaun bagi fi profesional mereka atau atas apa juga alasan, tanpa memberikan mereka amaran atau notis bertulis.

    "Jika ada doktor yang didapati bertugas secara tidak beretika atau tidak bermoral, pengurusan harus melaporkannya kepada MMC," katanya.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Arif

    Hopspital swasta utamakan duit daripada menyembuhkan pesakit.

    GGANU

    Bahananya apabila perkara asas iaitu kesihatan rakyat dikomersialkan.


  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    0 ulasan:

    Catat Komen