Isnin, 27 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Pelakon dikejar dengan parang

Posted: 26 Dec 2010 11:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.

Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.


"Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. "Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.

"Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih," katanya.


Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.

"Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.


"Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri," katanya.


Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.


"Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan," katanya.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


"Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lima lemas bot karam

Posted: 26 Dec 2010 11:18 AM PST

MERSING: "Kami mula runsing apabila air mencurah masuk di bahagian belakang bot, kami maklumkannya kepada tekong tetapi dia meminta kami berganjak ke depan.

"Pada masa sama, tekong meminta kami supaya tidak berasa bimbang, bagaimana kami mahu melegakan perasaan itu kerana jaket keselamatan juga tidak disediakan," kata wanita warga Singapura yang hanya dikenali sebagai May di sini, semalam.


May yang berusia lingkungan 40-an ditemui di Balai Polis Sungai Ambat, di sini. Beliau antara 24 mangsa terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Leman, kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, lima warga Singapura lemas manakala dua lagi masih hilang.


Identiti mereka yang lemas Low Lee Jun, 33, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, manakala yang masih hilang dikenali sebagai Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41.


Menurutnya, penumpang juga memberitahu tekong bot itu terlebih muatan tetapi tekong memberi jaminan tiada apa akan berlaku.

"Walaupun bimbang, kami terpaksa menurut saja dan kami cukup bernasib baik kerana ketika kejadian, beberapa bot nelayan tempatan berada berhampiran lokasi kejadian.


"Apabila bot mula tenggelam, bot nelayan berhampiran datang menyelamatkan kami, bayangkan apa bakal berlaku jika nelayan itu tiada di sini, pasti lebih ramai menjadi mangsa," katanya.

May mengatakan dia menghabiskan cuti sambutan Hari Natal selama sehari di kelong itu bersama rakan kenalannya.


"Pengalaman itu sungguh menakutkan tetapi syukur kerana ramai yang selamat," katanya.


Seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Bob, 24, mengatakan mereka cuba memberikan bantuan pernafasan kepada tiga yang lemas.


"Kami berusaha untuk menyelamatkan mereka sebelum ketibaan ambulans tetapi gagal berbuat demikian," katanya.


Sementara itu, pasangan anak beranak yang tidak menaiki bot berkenaan, Solaino Sujak, 25, dan ibunya yang hanya dikenali sebagai Mas, 40, mengatakan mereka bernasib baik kerana kenderaan laut itu sudah penuh.


"Saya dan ibu bernasib baik kerana tidak dapat menaiki bot berkenaan, jika sebaliknya, kami pasti menjadi sebahagian daripada mangsa, lebih teruk lagi mungkin lemas.


"Kami beratur bersama puluhan pelancong lain tetapi apabila tiba giliran kami, ia sudah penuh," katanya.


Kedua beranak itu kemudian menaiki bot lain dan hanya mengetahui berkaitan kejadian sejurus tiba ke jeti.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen