Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hamas dan Fatah mesti bersatu

Posted:

Hamas dan Fatah mesti bersatu

Hamas dan Fatah mesti bersatu

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my


Mufti Besar Jurusalem dan Palestin, Sheikh Mohammad Ahmad Hussein (kiri) dan bekas Duta Palestin ke Malaysia, Tan Sri Ahmad Al-Farra dalam pertemuan di Sarajevo, Bosnia baru-baru ini.


Mufti Besar Jurusalem dan Palestin, Sheikh Mohammad Ahmad Hussein tidak pernah berputus asa atau merasa kecewa, malah sentiasa berdoa agar Masjid al-Aqsa yang semakin ditakluki rejim Israel tetap menjadi kepunyaan umat Islam sejagat untuk selama-lamanya.

Beliau yang juga pemidato di Masjid al-Aqsa dan Presiden Majlis Tertinggi Al-Ifta' berkata, sudah pasti dunia akan bertanya mengapa penduduk Palestin yang sepatutnya bersatu untuk mengekalkan tanah tumpah darah mereka berpecah dan terus berbalah.

Bagi Mohammad, yang penting untuk penduduk Palestin hari ini ialah kumpulan Hamas dan Fatah bersatu bagi memulihara masa depan rakyatnya untuk hidup sejahtera di tanah milik mereka.

Mohammad yang ditemui Utusan Malaysia di Sarajevo, Bosnia, baru-baru ini berkata, perbalahan secara berterusan di antara kedua-dua kumpulan itu hanya akan melebarkan peluang rejim Israel untuk menakluk kesemua kawasan yang diduduki penduduk Palestin.

Pertemuan penulis dengan Mohammad dilakukan dengan bantuan bekas Duta Palestin ke Malaysia, Tan Sri Ahmad Al-Farra yang turut berada di Bosnia ketika itu.

Sehubungan itu, Mohammad sentiasa menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan kerajaan Malaysia sebagai anggota Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) untuk memberi tekanan pada forum antarabangsa, di samping memainkan peranan penting di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kedudukan Palestin.

"Saya yakin sekiranya Fatah dan Hamas mencapai persetujuan untuk bersatu, keadaan di tempat kami pasti akan berada dalam keadaan yang lebih baik," ujarnya.

Sepatutnya ujar Mohammad, mereka mempunyai pemikiran begitu, di samping berusaha untuk bersatu bagi menentang rejim Israel dan bukan bertelagah antara satu dengan lain.

Penduduk Palestin yang rata-rata berpendirian teguh dengan semangat serta kesabaran yang tinggi katanya, akan terus berusaha membantu pihak berkuasa dan yayasan yang ditubuh untuk memajukan penduduknya.

Mereka akan membantu membina kembali sistem prasarana dan menumpukan kepada kemajuan pendidikan, sosial dan ekonomi penduduk Palestin.

Katanya, dalam pada itu, dunia mungkin akan bertanya mengapa rundingan pihak berkuasa Palestin dan Israel tidak pernah mencapai persetujuan.

Berhubung perkara ini katanya, bagaimana rundingan hendak mencapai persetujuan jika rejim Israel sentiasa menetapkan syarat dan seterusnya mengarah Palestin apa yang perlu dilakukan.

Walaupun membincangkan keadaan kritikal dan berkecamuk di Palestin, namun Mohammad sentiasa memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tenang dan penuh kesabaran.

Beliau seterusnya memberitahu, keadaan penduduk Palestin semakin buruk apabila Parlimen Israel meluluskan resolusi untuk menjadikan Israel sebagai negara Yahudi.

Keadaan ini jelasnya, bermakna penduduk Arab Palestin seramai kira-kira dua juta yang tinggal di Israel sejak tahun 1938 tidak mempunyai tempat di negeri itu.

Dengan menjadikan Israel sebagai negara Yahudi, secara tidak langsung kaum dan bangsa lain yang tinggal di situ tidak diiktiraf oleh rejim Israel.

"Walaupun keadaan semakin kritikal dan berbahaya untuk penduduk Palestin, namun tidak terdapat sebarang tekanan dari umat Islam di seluruh dunia untuk tampil menentang resolusi tersebut," ujarnya.

Semua perundingan secara langsung atau tidak langsung dengan Israel katanya, tidak pernah mematuhi resolusi yang ditetapkan PBB dan sehingga hari ini, tiada perjanjian dua hala dapat dimeterai.

Mufti itu seterusnya memberitahu, rejim Israel merampas al-Quds Timur dan al-Quds Barat pada 1967 untuk dijadikan milik mereka. Tindakan merampas timur dan barat al-Quds itu telah mengakibatkan penduduk di Jurusalem berada di bawah penguasaan rejim Israel.

Dengan penguasaan itu ujarnya, rejim Israel telah cuba untuk menukar semua institusi dan yayasan kepunyaan orang-orang Arab menjadi kepunyaan mereka dan tindakan ini mendapat tentangan daripada penduduk Jurusalem.

Sebagai contoh kata Mufti itu, pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran al-Quds turut tidak diiktiraf oleh rejim Israel.

Dalam pada itu, sistem pendidikan dan sosioekonomi penduduk Jurusalem juga cuba diubah mengikut budaya Yahudi.

"Kami cuba memulihara identiti al-Quds serta cuba sedaya upaya tidak menyerah diri kepada rejim Israel.

"Rejim Israel cuba meyahudikan al-Quds dan di kawasan penempatan Yahudi dalam kawasan yang dirampas daripada orang-orang Arab yang dihalau keluar dari rumah yang didiami sekian lama.

"Rejim Israel membawa penduduk Yahudi untuk tinggal di rumah-rumah penduduk Palestin yang dihalau keluar, di samping membina rumah-rumah baru di sekeliling Jurusalem," tegasnya.

Selain itu, kaum Yahudi kini giat menggali tanah di Jurusalem berdekatan Masjid al-Aqsa dengan alasan mencari beberapa bahan-bahan sejarah kepunyaan kaum Yahudi atau yang ada kaitan dengan mereka. Perbuatan itu menyebabkan struktur pembinaan masjid itu semakin tergugat.

Dalam perkembangan terkini ujar Mohammad, rejim Israel cuba membina sebuah tempat sembahyang Yahudi berhampiran Masjid al-Aqsa.

Rejim itu turut cuba membina tempat yang dinamakan dinding menangis (wailing wall) di tempat Nabi Muhammad SAW menaiki borak untuk naik ke langit dengan ciri-ciri Yahudi bagi mengubah identiti al-Quds, selain identiti Islam dan orang-orang Arab di Palestin.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Komitmen lindungi harimau

Posted:

Komitmen lindungi harimau

Komitmen lindungi harimau

Oleh Rosmidzatul Azila Mat Yamin


Antara objektif utama NTCAP ialah untuk memastikan negara mempunyai sebanyak 1,000 harimau liar menjelang tahun 2020. - utusan/ROHANA MAN


Hari initahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Esok bermulalah lembaran baru tahun 2011. Sudahkah kita penuhi segala perancangan kita pada tahun ini dengan jayanya? Atau ia ditinggalkan dengan seribu satu rasa terkilan dek kerana masih ada saki baki perancangan tahun ini yang tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya.

Walau apa juga pengakhiran tahun ini, usahlah dikesali. Usah juga berputus asa sekiranya ada di antara perencanaan kita tidak tercapai. Sebaliknya, segala kelemahan dan kekurangan pada tahun ini seharusnya dijadikan iktibar dan pendorong kepada kita untuk terus mengorak langkah dengan tekad dan azam yang lebih tinggi bagi menyempurnakan segala perancangan yang tertangguh dan juga perancangan baru yang ingin direalisasikan.

Begitu juga dengan pelan dasar negara yang meliputi semua aspek pembangunan dan masyarakat termasuklah pelan pemuliharaan alam sekitar yang mungkin masih lagi belum mencapai tahap seperti yang diharapkan. Salah satu pelan yang begitu serius diberi perhatian di bawah pelan pemuliharaan alam sekitar ialah misi antarabangsa untuk melindungi populasi harimau yang saban hari kian dihimpit kepupusan.

Pendirian Malaysia untuk terus memberi komitmen bagi melindungi dan memulihara populasi harimau semasa Sidang Kemuncak Harimau yang diadakan di St. Petersburg, Rusia baru-baru ini jelas mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan kepimpinan negara dalam menangani masalah kepupusan populasi tersebut.

Malah, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, tindakan berani dan tegas yang diambil akan membolehkan populasi harimau liar di peringkat global berganda menjelang tahun 2020 dalam usaha mengatasi masalah kepupusan haiwan tersebut.

Keputusan serta tindakan yang berani dan tegas yang diambil oleh pemimpin melalui program Pemuliharaan Harimau Global (GTRP) merupakan satu momentum penting dalam usaha menyelamatkan harimau liar, di samping memastikan jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa.

Ia juga merupakan antara langkah wajar yang diambil oleh negara bagi meneruskan kesinambungan daripada Pelan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP) yang digunapakai oleh Malaysia bermula pada tahun lepas. Antara objektif utama NTCAP ialah untuk memastikan negara mempunyai sebanyak 1,000 harimau liar menjelang tahun 2020. Persoalannya, mampukah kita mencapai sasaran itu untuk tempoh tersebut?

Jika diamati kepada 80 pelan tindakan yang telah digariskan di bawah NTCAP, adalah tidak mustahil untuk negara mencapai objektif tersebut. Lebih-lebih lagi, ia turut dilaksanakan dengan usahasama pelbagai pihak baik di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Dengan kolaborasi yang melibatkan penyertaan ramai pihak, ia pastinya memudahkan lagi pelaksanaan dilakukan secara lebih menyeluruh. Cuma, apa yang penting adalah komitmen dan kerjasama yang konsisten dan berterusan daripada semua pihak bagi merealisasikannya.

Objektif NTCAP juga dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dicapai apabila Malaysia tidak hanya seratus peratus bergantung kepada pelan-pelan yang telah digariskan semata-mata. Sebaliknya, kepimpinan negara lebih bersikap optimis dengan turut mengambil pelbagai langkah sampingan secara proaktif yang jelas mempamerkan kesungguhan negara dalam menyokong matlamat peningkatan populasi harimau liar.

Antara salah satu tindakan sampingan yang diambil ialah moratorium yang telah dibuat di seluruh negara terhadap kegiatan memburu spesies harimau liar bermula pada tahun lepas. Ia merupakan langkah awal sebagai penggerak kepada langkah-langkah yang seterusnya untuk melindungi populasi harimau daripada mengalami kepupusan. Walau bagaimanapun, langkah ini diharap tidak hanya bermusim sahaja, sebaliknya ia perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang berikutnya bagi memastikan kegiatan pemburuan ke atas spesies harimau dapat dihentikan sepenuhnya.

Tindakan ini penting agar populasi harimau tidak terus dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh mengakibatkan populasi tersebut menerima nasib yang sama sebagaimana spesies-spesies yang telah pupus sebelum ini. Lebih membimbangkan lagi apabila Tabung Hidupan Liar Dunia mengeluarkan kenyataan bahawa hanya terdapat kira-kira 3,200 ekor harimau berbanding kira- kira 100,000 ekor seabad lalu di seluruh dunia. Bayangkan telah berapa banyak populasi harimau yang telah kita sia-siakan begitu sahaja sehingga memperlihatkan jurang yang begitu besar daripada jumlah asal.

Pernahkah kita fikir apa akan terjadi kepada ekosistem jika populasi ini pupus?

Sedangkan, kita seharusnya sedar bahawa harimau merupakan antara komponen yang cukup penting di dalam ekosistem. Misalnya, ia merupakan pemangsa utama kepada babi hutan (Sus barbatus) yang membiak dengan cepat dan menyebabkan kerosakan yang besar dengan mengorek dan memakan tanaman dalam hutan, kebun dan juga dusun.

Dengan adanya spesies harimau, ia dapat membantu mengurangkan populasi babi hutan. Apabila populasi babi hutan terkawal, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan populasi perosak terhadap tanaman manusia. Ini sekali gus akan membantu meningkatkan hasil pertanian negara ekoran kurangnya pemangsa terhadap tanaman pertanian. Menyedari hakikat pentingnya populasi ini, ia mesti dipulihara dan dilindungi sepenuhnya walau apa pun kekangan yang menghambat.

Jika diimbas perancangan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, didapati kerajaan telah meluluskan projek penyelidikan khas mengenai pengawasan harimau dalam usaha mengawasi pelaksanaan NTCAP dan juga untuk melihat sejauh mana perkembangan jumlah sebenar harimau di hutan. Ini juga merupakan antara usaha bersepadu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Dengan data-data yang dikumpul daripada projek penyelidikan tersebut kelak, ia diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif NTCAP mampu dicapai untuk tempoh yang disasarkan.

Selain itu, dalam memastikan pelaksanaan NTCAP berjalan lancar dan sempurna, ia juga menuntut peruntukan yang tinggi terutama dari segi kos, modal insan dan juga teknologi.

Justeru, tindakan Malaysia yang menyokong penuh cadangan Wildlife Premium Market+ REDD merupakan satu langkah yang bijak. Ini memandangkan, kita harus akui bahawa bukan sedikit kos yang diperlukan bagi pemuliharaan harimau dan habitatnya. Ia melibatkan kos yang agak besar. Oleh itu, dengan sokongan padu terhadap Wildlife Premium Market+REDD, negara maju akan lebih komited dan boleh memainkan peranan yang lebih banyak dalam pemuliharaan harimau di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa usaha ini tidak akan berhasil jika ia tidak dikuatkuasakan dan disokong oleh kerjasama yang mantap di peringkat antarabangsa bagi membanteras perdagangan rentas sempadan yang melibatkan haiwan liar secara haram. Di samping itu, usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk pemuliharaan populasi harimau juga perlu disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat agar populasi ini dapat digandakan. Setidak-tidaknya dengan sokongan padu semua pihak, ia akan melancarkan lagi usaha pemuliharaan harimau yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada hari ini.

Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen