Rabu, 29 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Penjenayah kolar putih sukar dipulih

Posted: 28 Dec 2010 11:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua kategori bekas banduan iaitu penjenayah kolar putih dan seksual boleh dirawat, tetapi peluang untuk memulihkan tabiat negatif mereka selepas menjalani pemulihan dan tahanan di penjara agak tipis berbanding bekas banduan berkaitan jenayah kolar biru atau kes dadah.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata ia berikutan penjenayah kolar putih atau seksual memiliki rasa gian dan menggunakan kaedah berbeza ketika melakukan jenayah iaitu tipu helah dan tidak menggunakan keganasan.


"Kumpulan penjenayah kolar putih dan seksual amat pelik serta kritikal kerana mereka boleh dirawat tetapi tabiat itu sukar dipulihkan terutama akibat rasa gian untuk mengulanginya semula.

"Contohnya penjenayah kolar putih yang menggunakan tipu helah dan bijak menutup jejak walaupun hanya dalam jangka pendek. Mereka sedar lambat-laun akan ditangkap tetapi tabiat atau rasa gian melakukan jenayah itu sukar dilupakan, lebih-lebih lagi ia adalah jalan mudah untuk membiayai kehidupan.


"Ini berbeza dengan pencuri atau penagih dadah kerana apabila mereka benar-benar insaf dan mendapat sokongan daripada keluarga, Insya-Allah, peluang mereka untuk pulih amat cerah," katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam, mengenai nasib malang menimpa pasangan warga emas yang bukan saja menerima semula, malah cuba membantu anak perempuan mereka, iaitu seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf tetapi akhirnya rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas pula tergadai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kenakan kos jagaan kesihatan berpatutan

Posted: 28 Dec 2010 11:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengekang kenaikan kos jagaan kesihatan yang melampau, Kementerian Kesihatan akan memastikan semua pihak berkaitan dapat mengenakan caj munasabah terhadap pesakit tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan secara berterusan mengarahkan pengamal perubatan dan hospital swasta termasuk Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) dan syarikat insurans memastikan kos jagaan kesihatan dan rawatan dikenakan berpatutan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, langkah itu antara perkara yang dipersetujui dalam satu mesyuarat dengan pelbagai persatuan berkaitan perubatan swasta, syarikat insurans, profesional sama ada kumpulan dan perseorangan pada 24 Disember lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan