Isnin, 27 Disember 2010

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Indonesia tertekan

Posted: 26 Dec 2010 08:33 AM PST

MukaDepan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek  bersama pemain meraikan kejayaan selepas menumpaskan Indonesia  pada perlawanan  akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersama pemain meraikan kejayaan selepas menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Malaysia bawa bekalan selesa 3-0 ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia menunaikan hajat besar jutaan peminat bola sepak tanah air, dan kini mereka hampir mendakap Piala Suzuki AFF buat julung kali selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Situasi ini membuatkan pasukan pelawat bergelar Merah-Putih itu bertambah pincang kerana ada tugasan besar untuk dibereskan di Jakarta, Rabu ini dalam perlawanan akhir kedua dengan realitinya harus menjaringkan empat gol tanpa dibolosi untuk menafikan impian pasukan Harimau Malaysia. Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) keputusan perlawanan untuk menentukan juara ditentukan atas perkiraan agregat gol dalam dua perlawanan timbal balik.

Pancaran laser dan letupan bom asap pada babak kedua di gelanggang menyentap sedikit penghormatan negara kerana gelagat penyokong yang kurang bertanggungjawab tapi dua gol daripada Mohd Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68 berjaya memadamkan 'gangguan sementara' itu.

Jurulatih, K Rajagobal yang merancang baik strategi pasukan pada setiap perlawanan mengulangi komitmen sama dan beranggapan gol pertama pada babak kedua meniup semangat pemainnya untuk mencari kemenangan mutlak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

"Selepas mendapat gol pertama, sama seperti di Indonesia dulu, ia menaikkan semangat pemain dan selepas itu, kita terus menyerang dan mendapat gol kedua dan ketiga. Kita mungkin boleh menambah gol keempat namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
"Sebelum bermain, saya sudah dapat rasakan yang kita akan mendapat tiga gol. Apa yang pasti pemain berjaya menghiburkan seluruh penyokong kita di stadium malam ini (malam tadi). Mereka berhak untuk menang ," katanya.

Kedudukan berbekal modal selesa ini akan dibawa pasukan ke Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini ketika ramai sudah beranggapan pasukan kebangsaan ini ada ramuan untuk mengatasi rekod barisan 1996 – yang layak ke final – untuk muncul juara baru kali ini.

Dalam final pada tahun berkenaan pasukan yang dibintangi pemain seperti Zainal Abidin Hassan gagal menjulang trofi berkenaan apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Singapura.

Kali terakhir pasukan negara menewaskan Indonesia dalam final kejohanan utama adalah pada Sukan SEA 1979 di Jakarta 1-0 menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohamad Dazuki Khajmi Bin Hipni

Tahniah team kita Malaysia. Nurshahrul Idlan Talaha mempunyai corak permainan ala ala Fernondo Torres. Inilah Torres Malaysia.

luqman

tahniah Malaysai boleh......

KUDIEN - K.KINABALU

Klu roboh Kota Jakarta. Benteng di Johor kita dirikan. Malaysia menang 3-0 kalahkan Indonesia. Di Studium Bung Karno, Malaysia pasti buktikan..... Ganyang Timnas Indonesia

Junaidi Riman

Tahniah Malaysia, sekurang-kurangnya mengajar sebahagian rakyat Indonesia agar tidak terlalu takbur dan memandang rendah Malaysia dalam semua aspek.

muhd arafah

jangan terlalu gembira..perlawanan belum selesai lagi...!!!

akulah aku

tahniah malaysia.. ku bersamamu.. x lama lagi masuk piala dunia..cayalah

dzainuddin M.yakub

Salam sejahterah, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kpd pasukan 'Harimau Malaya'dan juga kpd 'Coach'pasukan negara, K.Rajagopal diatas kejayaan menumpaskan pasukan Indonesia dlm final pertama semalam. Dlm final kedua di Indonesia rabu ini, saya berharap pasukan negara akan melipatgandakan usaha, mengekang kemaraan lawan dan seboleh2nya mengekalkan rentak permainan untuk menang atau sekurang2nya bertahan hingga ke wisel penamat (walaupun dlm kedudukan seri), kerana tekanan & provokasi penyokong lawan di stadium gelora bung karno itu nanti tentu lebih dasyat dan hebat. Para pemain kita juga diharap bersedia utk menyerap segala tekanan mental yg bakal dihadapi. Saya doakan pasukan kita menang dan akan mendakap Piala Suzuki AFF tahun ini, Insyaallah.Amin.

Yangretibase

Tak tertekan mana pun! Jaga-jaga kita, Indonesia akan hentam kita empat kosong nanti.
Baru padan muka kita!

Masngud Md.Salih

Tahniah pasukan Malaysia berjaya meraih kemenangan besar 3-0 menewaskan Indonsia. Malaysia Boleh...

azri awang mat

permainan mantap membuahkan hasil yang lumayang teruskan di bong karno

Maniq Kayangan

SYABAS ANAK-ANAK BUAH K.RAJAGOBAL...PERCATUTAN YANG HEBAT DAN BERKESAN.

Muhammad noh taqarrub

Syabas! harimau malaya memang mengagumkan memandangkan rata2 pemain negara adalah pemain muda tetapi berjaya melaksanakan tanggung yang diamanahkan...bahkan menunjukan semangat juang yang jitu serta berdispelin dalam mengharungi cabaran...

mak lampir

Tu la indon... Aritu cakap besar sangat.. kan dah kalah.. padan muka kene belasah 3-0..hahaha

sinar

Tahniah pada team bola mysia.dengan ni menaikkan lagi mutu permainan team bola msia,dengan barisan permain muda harimau team msia berjaya n mampu menewaskan pasukan indo dengan 3-0,terima kasih kepada jurulatih msia meberi perluang kepada permain muda,harap team harimau ini terus mara dan memenangai piala serata dunia dan menaikkan nama MALAYSIA.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen