Isnin, 27 Disember 2010

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Senarai baru mampu kukuhkan parti

Posted:

Senarai baru mampu kukuhkan parti

Senarai baru mampu kukuhkan parti

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Senarai terbaru Kepimpinan UMNO di peringkat negeri seperti mana yang diumumkan hari ini diyakini mampu mengukuhkan lagi kedudukan parti terutama bagi menarik lebih ramai sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai contoh pelantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis serta Kedah.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai kelebihan dan pengaruh masing-masing di kalangan masyarakat akar umbi di kedua-dua negeri berkenaan.

''Pucuk pimpinan parti percaya dengan kewibawaan kedua-dua pemimpin ini. Mukhriz misalnya mempunyai pengaruh untuk meraih lebih banyak sokongan pengundi muda terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) di Kedah,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan semula pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai keputusan pucuk pimpinan UMNO melantik Shahidan dan Muhkriz sebagai Timbalan Pengerusi Badan UMNO di Perlis serta Kedah.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan Shahidan, Tengku Adnan berkata, selain mempunyai pengalaman bekas Menteri Besar Perlis itu mempunyai kelebihan untuk berganding dengan Md. Isa bagi memantapkan lagi kedudukan UMNO di negeri berkenaan.

''Saya yakin gandingan kedua-dua pemimpin ini akan memberi impak yang berkesan kepada kekuatan UMNO di Perlis,'' katanya lagi.

Begitu juga beliau berkata, dengan pelantikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta Datuk Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Pulau Pinang.

Berhubung keputusan untuk mengekalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Selangor serta Wilayah Persekutuan Tengku Adnan berkata, kepimpinan UMNO di kedua-dua negeri itu masih memerlukan kepimpinan dua pemimpin utama negara berkenaan.

Mengenai pengguguran tiga Naib Presiden sebagai pengerusi UMNO di Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang Tengku Adnan berkata, langlah tersebut adalah sejajar dengan kehendak ahli akar umbi.

Selain itu katanya, ia juga adalah sebagai langkah terbaik untuk ketiga-tiga naib presiden berkenaan menumpukan perhatian kepada tugas-tugas hakiki iaitu berdasarkan kepada biro masing-masing.

''Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diberi tanggungjawab mengendalikan biro latihan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula merupakan pengerusi tatatertib dan pindaan perlembagaan manakala Datuk Seri Mohd. Sahfie Apdal adalah pengerusi biro keahlian.

''Dengan tidak memegang jawatan pengerusi ketiga-tiga Naib Presiden ini akan dapat menumpukan kepada tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan,'' ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, pucuk pimpinan parti mengarahkan supaya semua perhubungan UMNO negeri mengadakan mesyuarat sekali dalam tempoh dua bulan.

''Mereka juga telah diminta memberi laporan-laporan terus kepada presiden,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelantikan beri nafas baru kepada UMNO

Posted:

Pelantikan beri nafas baru kepada UMNO

Pelantikan beri nafas baru kepada UMNO

KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Pelantikan semula Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan memberi nafas baru kepada UMNO dan negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ia membuktikan pucuk pimpinan tertinggi negara yakin dengan kemampuan pemimpin negeri menerajui parti dan memenuhi harapan rakyat.

Beliau menyifatkan pelantikan itu turut melenyapkan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO negeri seterusnya menjadi permulaan baru untuk parti menyusun dan menggerakkan agenda menghadapi pilihan raya.

"Saya rasa pengumuman ini amat dinantikan oleh semua. Menteri Besar sendiri akan mengetuai UMNO negeri dibantu oleh Timbalannya, Yahya Khatib Mohamad. Mereka merupakan orang yang paling layak untuk menjadi perantaraan antara kepimpinan dan rakyat.

"Pelantikan ini tentunya ditimbangkan bukan dalam sehari dua dan saya yakin penyerahan kembali jawatan ini amat bermakna dalam perkembangan politik di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen