Rabu, 29 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Pejabat MB Selangor sangkal dakwaan nama calon SUK lewat dihantar

Posted: 29 Dec 2010 02:56 AM PST

Mutakhir

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menyangkal kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

"Tambahan pula, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011," kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menjalankan proses pemilihan pada 27 November lalu dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

Panel yang diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim serta dianggotai dua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar, sudah menemuramah enam calon dari lapan nama yang dicadangkan Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

"Panel pemilihan sudah menyenarai pendek calon dan Menteri Besar,
Tan Sri Khalid Ibrahim pada 17 Disember mempersembahkan nama berkenaan untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.
"Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

"Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan berasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.

Isu pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor timbul apabila Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan Isnin lalu mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mahfuz sahkan letak jawatan pengerusi GLC Kedah

Posted: 29 Dec 2010 02:52 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd, iaitu Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri (GLC) berkuat kuasa serta merta.

Katanya, surat peletakan jawatan itu sudah dihantar dua minggu lalu dan menyerahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato untuk membuat kenyataan susulan.

Beliau mengesahkannya ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini. Menurut laporan satu laman portal media tempatan yang memetik sumber, peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan pemberian tender oleh syarikat berkenaan, yang mana didakwa tidak mengikut peraturan.

Laman portal itu juga difahamkan Mahfuz tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender terbabit.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen