Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara

Posted:

PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara

PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara


Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri). - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.

"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah," katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.

Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Dalam satu kenyataannya menerusi Bernama pula, Najib berkata, kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang dibanggakan.

"Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke hadapan pada tahap yang lebih tinggi.

"Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu tetapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar," katanya.

Sementara itu, perasaan sama turut dikongsi Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan itu.

Menurut beliau, pencapaian itu lebih manis setelah menunggu 14 tahun untuk menjulang kejuaraan itu.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Muhyiddin percaya setiap rakyat pasti berasa megah, terharu dan paling utama bersyukur kerana kejayaan itu memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutama para pemain dan jurulatih, K. Rajagobal memburu kejuaraan itu.

"Saya ingin menggesa para pemain supaya terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa," ujarnya.

Muhyiddin berkata, aspirasi itulah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak negara untuk terus merekodkan kejayaan pada masa depan dan kembali muncul sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah seluruh dunia.

"Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berjaya menerajui bola sepak Malaysia serta usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kementerian siasat buku Kia Soong

Posted:

Kementerian siasat buku Kia Soong

Kementerian siasat buku Kia Soong

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kementerian Pertahanan sedang menyiasat buku tulisan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong yang didakwa mengemukakan fakta salah berhubung pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Kia Soong sekiranya buku tulisannya bertajuk Questioning Arms Spending in Malaysia didapati menyalahi fakta.

"Buat masa ini saya dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan sedang meneliti buku berkenaan.

"Sekiranya didapati menyalahi fakta berhubung pertahanan negara, kementerian akan mengambil tindakan terhadap Kia Soong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Buku tersebut dilancarkan di ibu negara pada 11 Disember lalu dan dilancarkan sekali lagi di London tiga hari kemudian.

Isnin lalu, tindakan Kia Soong yang menipu dalam buku tulisannya bertajuk Questioning Arms Spending in Malaysia menimbulkan persoalan tentang kesahihan fakta, niat serta pengetahuannya dalam bidang pertahanan.

Penulis blog, Zakhir Mohd. berkata, tindakan bekas Ahli Parlimen DAP itu juga menimbulkan persoalan sama ada beliau melakukan pengkhianatan terhadap negara dengan mengemukakan fakta salah serta melancarkan buku tersebut di London pada 14 Disember lalu.

Menurut Zakhir, penipuan Kia Soong dikesan oleh penulis Jane's Defense Weekly, Dzirhan Mahadzir yang mendapati nota kaki pada muka surat kelima yang dikemukakan Kia Soong dalam buku tersebut sebenarnya palsu dan tidak wujud.

Nota kaki yang dikemukakan Kia Soong antara lain berbunyi: "Apakah impak pembelian Skuadron Nombor 1 Malaysia berbanding pesanan yang dilakukan India ke atas Su-30S (atau pelan pembangunan China untuk membina J-10)."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen