Jumaat, 31 Disember 2010

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sebulan jadi hamba seks

Posted: 30 Dec 2010 10:34 AM PST

HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.

Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.


Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. "Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.


Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.


Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. "Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Belasah sampai lembik

Posted: 30 Dec 2010 10:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.


Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.

"Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.


"Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya," katanya.


Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.

"Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.


"Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah," katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.


"Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan," katanya.


Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen