Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ops maksiat: 10 wanita, 8 lelaki ditahan

Posted:

Ops maksiat: 10 wanita, 8 lelaki ditahan

Ops maksiat: 10 wanita, 8 lelaki ditahan


Antara pasangan bukan muhrim yang dicekup berkhalwat dalam satu serbuan yang dilakukan oleh polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di Georgetown, kelmarin.


PULAU PINANG 29 Dis. - Seramai 10 wanita dan lapan lelaki ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu mencegah maksiat oleh polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) semalam.

Dalam operasi selama tiga jam bermula 11 malam itu, beberapa bilik hotel di sekitar Jalan Penang diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki warga Indonesia dan dua lelaki Thailand berusia 20-an hingga 30-an yang berpakaian seperti wanita ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat.

Turut ditahan seorang wanita Thailand atas kesalahan sama.

Mereka kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi di lokasi lain, empat wanita dan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an ditahan kerana disyaki cuba mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran.

Selain itu, turut ditahan ialah tiga wanita warga Nigeria berusia 20-an kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi hari ini mengesahkan penangkapan tersebut.

"Kami juga menahan dua lelaki tempatan berusia antara 30 dan 50 tahun selepas disyaki memasukkan dadah di dalam badan.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 3(1) akta sama," katanya.

Sementara itu, JHEAIPP menahan dua pasangan kekasih berusia antara 20 dan 40 tahun kerana kesalahan khalwat di dua hotel berasingan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 27(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis tumpas sindiket judi hampir RM2b

Posted:

Polis tumpas sindiket judi hampir RM2b

Polis tumpas sindiket judi hampir RM2b

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Polis menumpaskan sindiket perjudian melibatkan wang pertaruhan keseluruhan hampir RM2 bilion dari Januari hingga November lalu.

Kejayaan dihasilkan melalui serbuan dan tangkapan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di seluruh negara.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, jumlah tersebut meliputi pelbagai jenis pertaruhan judi haram termasuk RM1 bilion menerusi Ops Soga iaitu ketika kejohanan Piala Dunia 2010.

Menurutnya, hampir RM1 bilion lagi wang pertaruhan daripada judi loteri, judi catat taruh haram, perjudian komputer dan judi tempat bebas.

"D7 juga telah merampas wang tunai RM13.9 juta hasil daripada 18,897 serbuan yang dilakukan terhadap kesemua premis perjudian. Jumlah serbuan itu meningkat 2,826 iaitu 15 peratus berbanding tahun lalu (2009).

"Daripada serbuan itu, 16,511 orang ditahan manakala 55,049 mesin judi telah dirampas di seluruh negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd. Bakri berkata, bagi kegiatan maksiat, 10,825 wanita warga asing telah ditahan hasil daripada 16,940 serbuan di seluruh negara.

Katanya, wanita warga asing paling tinggi ditahan ialah wanita warga China iaitu seramai 5,433 diikuti dengan wanita Thailand (1,597) dan Indonesia (1,270).

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, dalam tempoh sama, polis berjaya menyelamatkan 857 mangsa pemerdagangan orang.

Jelasnya, berikutan itu pihaknya telah menahan 187 individu dan melakukan siasatan terhadap 115 kes.

Bagi tindakan terhadap pembanterasan aktiviti gangsterisme bagaimanapun tiada statistik yang dikeluarkan.

Namun Mohd. Bakri menjelaskan, usaha untuk membendung aktiviti tersebut sentiasa dipertingkatkan.

"Antara negeri yang menjadi tumpuan polis berhubung aktiviti gangsterisme ialah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur," ujarnya.

Menurutnya, peningkatan serbuan dan pencapaian yang membanggakan itu adalah hasil penyaluran maklumat oleh masyarakat dan kerjasama dengan polis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan