Selasa, 28 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Md Isa harap jurang dalam UMNO Perlis dapat dirapatkan

Posted: 28 Dec 2010 02:56 AM PST

Mutakhir

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, berharap jurang perbezaan pandangan dalam UMNO dapat dirapatkan demi masa depan parti itu.

Beliau yang dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, berkata walaupun terdapat pandangan negatif terhadap kepimpinannya namun ia bukan halangan untuk beliau memikul tanggungjawab besar kepada parti itu.

Bercakap kepada pada sidang media melalui telefon di pejabatnya hari ini, Md Isa, yang kini berada di Sarawak berkata, keutamaan pada masa ini ialah memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat tempat di hati rakyat. Mengulas pandangan negatif Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, beliau berkata, UMNO perlu bergerak dalam pasukan yang kuat.

"Saya yakin boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Shahidan dan berharap beliau (Shahidan) juga akan memberi kerjasama," kata Md Isa yang juga Ketua UMNO bahagian Kangar.

Shahidan, Ketua UMNO bahagian Arau pula berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden UMNO berhubung pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Sementara itu, pemimpin sayap UMNO Perlis turut menyokong pelantikan Md Isa itu dan menyifatkannya sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar selain menyokong pelantikan Shahidan sebagai timbalannya.
Ketua Pemuda UMNO Perlis, Mohsin Yusof berkata, demi kebaikan semua pihak, keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak itu perlu disokong dan diterima dengan hati terbuka.

Ketua Wanita UMNO Negeri, Rela Ahmad pula berkata, pelantikan Md Isa dan Shahidan itu sebagai gandingan tepat.

Ketua Puteri UMNO Perlis, Asmaiza Ahmad pula berharap gandingan Md Isa dan Shahidan akan membolehkan BN menang 100 peratus pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Isu FELDA harus diperjelas dengan segera: Isa Samad

Posted: 28 Dec 2010 02:13 AM PST

Mutakhir

PORT DICKSON: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang baru dilantik meneraju Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkata, isu berkaitan organisasi itu harus diperjelaskan pada kadar segera.

Langkah itu katanya amat penting bagi mengelak golongan peneroka terus menjadi mangsa kepentingan politik pembangkang.

"Ini kerana mengikut fikiran pembangkang melalui pencetusan keraguan pada kalangan peneroka ini, sedikit demi sedikit akan menghakis kepercayaan peneroka dengan kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau yang ditemui selepas merasmikan Karnival Juara Rakyat Ladang Parlimen Teluk Kemang bagaimanapun yakin peneroka Felda tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya membangkitkan isu itu sejak kebelakangan ini.

"FELDA tidak ada banyak masalah. Kalau benar fitnah pembangkang itu (tanah rancangan) FELDA sudah lama kosong," katanya.

Mohd Isa berkata beliau juga sudah masak dengan taktik pembangkang dan akan menggunakan pengalaman politiknya untuk menangkis tohmahan mereka terhadap organisasi tersebut.

"Dalam pilihan raya umum yang lalu majoriti peneroka FELDA menyokong kerajaan...segelintir saja tidak menyokong," katanya.
Malah katanya, masyarakat di tanah rancangan FELDA tidak mempunyai asas untuk menolak kerajaan sedia ada memandangkan ramai yang telah dapat membaiki taraf hidup menerusi program itu.

Hakikatnya kata Mohd Isa, pembangkang tidak menghargai tanah rancangan FELDA pada awal penubuhannya namun kini mempolitikkan beberapa isu berkaitan organisasi itu bagi mendapatkan undi. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen