Jumaat, 31 Disember 2010

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Islam tak larang senamrobik di kawasan masjid, kata Nik Aziz

Posted: 31 Dec 2010 01:02 AM PST

Gambar fail Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BARU, 31 Dis — Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor kononnya dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu.

Menurut Nik Aziz, soal Ahli Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid... kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

TWU mahu kerajaan turun cukai import alat ganti tulen

Posted: 30 Dec 2010 11:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menurunkan cukai import alat ganti tulen kenderaan, khususnya bagi pengangkutan awam seperti bas.

Setiausaha Agung TWU Datuk Zainal Rampak berkata harga alat ganti import yang tinggi berikutan cukai dikenakan, antara faktor terdapatnya segelintir pengusaha syarikat bas mengambil langkah mudah menggunakan alat ganti palsu yang jauh lebih murah, tetapi kurang berkualiti.

"Kita boleh bertanya mana-mana workshop (bengkel) sekalipun, memang mereka menggunakan alat ganti tiruan kerana kosnya yang jauh lebih murah. Kalau original (tulen), yang berjenama, ada yang mencecah sehingga RM7,000 ke RM8,000 sedangkan alat ganti tiruan hanya sekitar RM200 ke RM500.

"Seringkali kita perhatikan, apabila berlakunya kemalangan melibatkan bas ekspres, pasti pemandu yang dipersalahkan. Tetapi kalau brek tak makan (tidak berfungsi) sebagai contoh, akibat penggunaan alat ganti tiruan, tak haruslah kita salahkan pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 28 Dis lepas, Zainal telah menyifatkan alat ganti tiruan sebagai antara faktor utama kemalangan melibatkan bas ekspres di negara ini.

Bagaimanapun, kenyataannya disangkal Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali yang meminta Zainal membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar ada bukti menunjukkan keadaan itu wujud.

Sehubungan itu, Zainal berkata adalah lebih wajar bagi semua pihak bekerjasama untuk mengenal pasti usaha dan strategi bagi memastikan kemalangan bas ekspres yang melibatkan nyawa terkorban.

"Banyak bukti telah ditunjukkan oleh media-media, betapa mudahnya kita untuk mendapatkan alat-alat ganti palsu kerana faktor kos minimum . . . kita seharusnya lebih rasional dan telus kerana keutamaan kita adalah nyawa penumpang kenderaan tersebut," katanya lagi.

Isu alat ganti tersebut timbul apabila dua kemalangan melibatkan bas dua tingkat berlaku iaitu pada 26 Dis lalu di Jalan Raub-Bentong yang mengakibatkan enam tercedera dan pada 20 Dis lalu di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 28 nyawa. — Bernama

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan