Khamis, 30 Disember 2010

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keluarga dakwa didera diseru buat laporan

Posted:

Keluarga dakwa didera diseru buat laporan

Keluarga dakwa didera diseru buat laporan

30/12/2010 6:34pm

SEREMBAN – Polis meminta sepasang suami isteri yang mendakwa didera majikan mereka supaya membuat laporan dan tampil membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Hamdan Majid berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan sebagaimana dakwaan mereka.

"Jika benar dakwaan mereka itu, kenapa perlu bersembunyi atau takut untuk tampil," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengulas laporan sebuah akhbar pada 25 Disember lepas bahawa polis tidak mengambil tindakan berhubung aduan yang kononnya telah dibuat di beberapa balai polis di Jempol oleh keluarga itu.

Menurut laporan akhbar itu, keluarga berkenaan mendakwa telah didera majikan dan dipaksa bekerja tanpa gaji di sebuah ladang dekat Bahau, manakala anak-anak mereka berusia empat hingga 10 tahun turut didera dengan rotan.

Mereka juga mendakwa telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam dan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap majikan berkenaan.

Hamdan berkata, selain polis, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menjalankan siasatan dan mereka juga tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan keluarga itu. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

DBKL roboh sarang pelacuran sekitar KL

Posted:

DBKL roboh sarang pelacuran sekitar KL

DBKL roboh sarang pelacuran sekitar KL

30/12/2010 6:34pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 sarang pelacuran di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini hari ini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras kegiatan rumah pelacuran.

Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata, seramai 156 anggota termasuk wakil daripada beberapa agensi menyertai operasi tersebut termasuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Imigresen mulai tengah hari hingga 3 petang.

"Tindakan hari ini adalah memecah atau merobohkan bilik-bilik yang telahpun dipecahkan sebelum ini sebanyak sembilan kali," katanya kepada pemberita. Tiada tangkapan yang dibuat.

"Mulai esok, kita akan menempatkan lima anggota serta seorang pegawai untuk memantau premis-premis berkenaan. Kita akan pantau dan lihat selepas premis-premis ini dipecahkan.

"Kalau ada individu yang dilihat membuka kembali premis ini, tindakan akan diambil.

"Memang tiada kesudahannya aktiviti ini, kita hanya boleh pecah dan tahan lesen perniagaan mereka, tapi kita tidak boleh robohkan sesebuah bangunan 100 peratus macam itu sahaja, itu di luar bidang kuasa kita," kata Tanda. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen