Khamis, 30 Disember 2010

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Wilayah: Rumah haram

Posted: 29 Dec 2010 01:40 PM PST

Wilayah

LEBIH 4,000 rumah  setinggan  di sepanjang sungai   menjejaskan keindahan Miri.

LEBIH 4,000 rumah setinggan di sepanjang sungai menjejaskan keindahan Miri.

4,000 kediaman setinggan sepanjang Sungai Miri

MIRI: Jika anda berpeluang menyusuri Sungai Miri, pemandangan utama yang dapat dilihat sepanjang sungai itu ialah deretan rumah setinggan.

Pemandangan itu seolah-olah sudah menjadi satu trend kewujudan setiap bandar di Sarawak, iaitu kebanyakan penempatan setinggan memenuhi kawasan tebing sungai berhampiran pusat bandar. Di bandar raya Kuching misalnya, penempatan penduduk setinggan banyak wujud di sepanjang Sungai Sarawak dan Sungai Apong, manakala di Sibu di sepanjang Sungai Rejang dan di Bintulu ialah di Sungai Kemena.

Dianggarkan terdapat lebih 4,000 kediaman setinggan didirikan di sepanjang Sungai Miri.

Ia termasuk penempatan setinggan di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8, Kampung Damai Jaya dan Piasau Utara.
Majoriti penduduk setinggan berkenaan sudah menetap di situ sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu.
Hanya sebilangan kecil daripada penduduk setinggan berkenaan yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.

Perkara itu diakui Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah, yang berkata, kebanyakan penduduk tidak begitu berminat membeli rumah sendiri.

"Mereka terlalu mengharapkan belas ehsan daripada kerajaan menyediakan kemudahan tempat tinggal atau rumah mampu milik. Keadaan ini membuat mereka kurang mengambil inisiatif untuk beli rumah sendiri," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah suku kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina.

"Penduduk setinggan terbabit merayu kepada kerajaan supaya menyediakan lot tanah kerana kebanyakan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Andy Chia, berkata kerajaan memerlukan tempoh tertentu untuk memastikan bandar raya ini bebas dari masalah penduduk setinggan, khususnya di sepanjang Sungai Miri.

"Penduduk setinggan perlu faham kerajaan memerlukan tanah untuk menempatkan penduduk setinggan berkenaan. Sedangkan, di Miri kita kekurangan dana dan tanah.

"Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari semasa ke semasa," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan sudah menempatkan lebih 2,000 penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan.

Katanya, kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Servei (JTS) kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan.

Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen