Jumaat, 31 Disember 2010

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Roboh 262 bilik pelacur

Posted: 30 Dec 2010 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah sembilan kali serbuan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk meroboh bilik kecil yang disediakan untuk kegiatan pelacuran di 11 premis di Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini, tetapi pemiliknya berdegil dan menjalankan operasi seolah-olah kebal sebarang tindakan undang-undang.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa DBKL sekali lagi meroboh bilik dalam premis itu dalam operasi khas, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Timbalan Penguasa Bahagian Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa DBKL, Tanda Usoh, berkata dalam operasi itu sebanyak 262 bilik kecil yang disekat menggunakan papan lapis di 11 premis terbabit dirobohkan.

Katanya, pihaknya sudah menjalankan operasi sama dan dalam operasi terbaru ini, pihaknya memberi notis kepada pemilik supaya tidak membina bilik dalam premis itu.


"Semua premis itu disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan khidmat pelacur murah kepada pelanggan," katanya. Operasi itu diadakan dengan kerjasama lebih 156 anggota polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.


Bekalan elektrik dan air ke premis berkenaan turut dipotong.

Tanda berkata, operasi berkenaan kali ke-10 diadakan di kawasan itu sejak 2008.


"Operasi ini selari arahan kementerian untuk memastikan bandar raya Kuala Lumpur selamat dan bersih.

"Tindakan seterusnya adalah memantau premis terbabit dengan meletakkan seorang pegawai dan lima anggota penguat kuasa bagi mengelakkan premis itu kembali beroperasi," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Guna air hujan untuk memasak

Posted: 30 Dec 2010 09:50 AM PST

SABAK BERNAM: "Kami menjadikan air hujan sebagai sumber utama untuk kegunaan harian termasuk memasak, mandi dan membasuh pakaian selepas bekalan air dipotong sebulan lalu," kata penerima sumbangan air percuma Program Air Percuma Untuk Golongan Memerlukan (Tabung Budi), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga).

Ibu tunggal lapan anak, Afzan Alias, 48, yang mempunyai tunggakan bil RM184.31 berkata, sudah dua kali bekalan air di rumahnya dipotong kerana tidak mampu membayar tunggakan ekoran kemiskinan hidup selepas suami tersayang, Mohd Hassim Saari, 60, meninggal dunia lima tahun lalu akibat paru-paru berair.


"Saya kini bergantung hidup kepada bantuan Pusat Zakat Selangor (PZS) RM200 sebulan dan duit itu juga digunakan untuk persekolahan tiga anak serta membeli keperluan harian.

"Kerana tidak cukup wang, saya tidak membayar bil selama empat bulan dan terpaksa merelakan bekalan air dipotong demi memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Dua Tebuk Pulai, di sini, semalam.


Dia antara tiga penerima air percuma Tabung Budi di Sabak Bernam, semalam. Dua lagi penerima, Kamsiah Bontak, 63, dan Omar Sulung, 55.


Mereka menerima 20 meter padu air percuma selama enam bulan daripada Syabas dan Puncak Niaga yang turut membantu menyambung semula bekalan serta menjelaskan tunggakan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen