Rabu, 29 Disember 2010

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MTUC wajib gabungan tuntut gaji minimum RM1,200 dalam CA

Posted: 29 Dec 2010 01:03 AM PST

PETALING JAYA, 29 Dis – Kesatuan-kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dikehendaki mengemukakan tuntutan gaji minimum RM1,200 apabila mengadakan rundingan perjanjian bersama (CA) tiga tahun sekali mulai sekarang.

Dengan resolusi diluluskan hari ini, pekerja-pekerja yang diwakili MTUC, akan diperjuangkan gaji sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan.

Keputusan ini diambil di sebalik keputusan kerajaan yang baru-baru ini telah meluluskan pendirian mahu memperkenalkan dasar gaji minimum nasional mulai tahun depan, tetapi kadarnya belum diputuskan lagi.

Dalam tuntutan gaji minimum sebelum ini, MTUC meletakkan gaji asas RM900 dan elaun kos sara hidup pula RM300.

"Kita hendak mengemukakan cadangan kepada kesatuan-kesatuan gabungan supaya memasukkan tuntutan gaji minimum, bermakna tidak semestinya apa yang kita minta dapat tetapi sasaran kita ialah RM1,200," kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud pada sesi perbahasan usul persidangan tiga tahunannya di sini petang ini.

"(Mulai sekarang) kesatuan gabungan apabila mengadakan perundingan CA, perlu mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan (majikan masing-masing)," katanya.

Semalam, dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Syed Shahir berkata, pihaknya mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.

"Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum)," kata Syed Shahir.

"Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja," kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja "kami bersatu."

MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.

Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.

MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.

Hampir 80 peratus kesatuan gabungannya adalah dari swasta dengan hampir 60 peratus ahlinya memperoleh gaji bawah RM1,200 sebulan – dalam lingkungan RM600 hingga RM750.

Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

MIC minta lakukan perubahan terhadap kandungan ‘Interlok’

Posted: 29 Dec 2010 12:50 AM PST

PUTRAJAYA, 29 Dis – MIC, parti terbesar mewakili masyarakat India di negara ini, memohon Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel "Interlok", buku teks sastera Tingkatan Lima sebelum digunakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2011.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta.

"Interlok" merupakan teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

Subramaniam berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, minggu hadapan sebelum satu surat cadangan kepada kementerian itu dikemukakan.

Menteri Sumber Manusia itu ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama para pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara yang bertanggungjawab ke atas pendidikan masyarakat India, di kementeriannya di sini hari ini.

Subramanian berkata setelah mengambil kira pandangan masyarakat India, beliau berpendapat apa yang ditulis dalam buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang.

"Oleh itu saya takut bahawa jika tiada perubahan dibuat kepada kandungan yang ada di dalam buku itu, ia akan memberi satu pandangan salah kepada pelajar yang akan menggunakan buku itu.

"Ia akan diajar kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa... ini akan mengurangkan pemahaman mereka tentang apa yang sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat India pada masa sekarang," katanya.

Jika ini dibiarkan ia juga akan mewujudkan satu perasaan "pahit" di kalangan masyarakat India, katanya.

Subramaniam berkata kandungan buku itu harus diubah jika Kementerian Pelajaran tidak berhasrat menarik penggunaan buku teks sastera itu. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen