Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Program 3K diperluas tahun depan

Posted:

Program 3K diperluas tahun depan

Program 3K diperluas tahun depan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 88 peserta Program 3K Belia Bistari 2010 peringkat negeri Kelantan bergambar selepas menerima sijil tamat program di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 30 Dis. - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri akan menambah bilangan penyertaan belia dalam program latihan di bawah Program 3K Belia Bestari pada tahun hadapan kepada 200 peserta berbanding penyertaan tahun ini.

Pengarahnya, Md. Sulji Zakaria berkata, kesemua 88 peserta tahun ini di bawah bimbingan lima mentor berjaya mengikuti latihan selama enam bulan sejak Julai lalu tanpa seorang pun yang tercicir sepanjang tempoh program berlangsung.

Justeru itu, beliau berkata, pihaknya yakin konsep program berorientasikan kerjasama usahawan berjaya sebagai mentor itu adalah satu inisiatif pembangunan belia yang amat berkesan dan peluang perlu dibuka untuk lebih ramai menyertainya.

"Biasanya program belia yang memakan jangka masa yang lama tidak berupaya menarik minat belia untuk komited dari awal hingga akhir.

"Namun program ini yang menekankan aspek '3K' iaitu kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan telah berjaya membuktikan sebaliknya apabila mereka terus kekal bersama kita,'' katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Program 3K Belia Bestari 2010 peringkat negeri di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini, kelmarin.

Selain mendapat input dan pendedahan katanya, kejayaan menambah pendapatan sendiri dalam tempoh program berlangsung juga mungkin antara sebab mereka serius untuk menamatkan latihan.

Hadir sama Timbalan Pengarah JBS negeri, Che Mahtar Othman dan wakil daripada lima syarikat negeri ini yang terlibat dalam program mentor tersebut.

Md. Sulji berkata, peserta yang memilih untuk mempelajari kemahiran dalam bidang jahitan, automatif dan elektrikal diletakkan di bawah kendalian syarikat Smart Edu Sdn. Bhd. dan SHNS Sdn. Bhd., manakala bagi yang memilih bidang keusahawanan pula di bawah bimbingan MAI Kajang Fried Chicken, Mat Salai dan Tasek Pauh Mushroom.

Menurutnya, pihak jabatan bukan sahaja memberi kursus membina sahsiah diri dan peluang menimba pengalaman bahkan modal asas RM3,000 kepada belia untuk memulakan perniagaan.

Katanya, kos keseluruhan untuk program enam bulan tersebut membabitkan perbelanjaan sejumlah RM440,000 dan belia yang terlibat akan terus dipantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, katanya, lebih ramai usahawan berwibawa di negeri ini diminta tampil untuk menjadi mentor bagi program itu pada tahun hadapan.

"Usahawan dalam peruncitan, servis kereta, kiosk pizza, buah-buahan segar, pembuatan makanan sejuk beku dan sate diperlukan bagi meluaskan lagi skop bidang yang boleh diceburi belia.

"Marilah bersama kerajaan membantu belia kita yang seharusnya diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembangunan masyarakat dan negara," katanya.

Ujarnya, program itu dijangka dimulakan lebih awal pada tahun hadapan dan belia berusia antara 18 sehingga 30 tahun yang berminat boleh menghubungi pejabat dan persatuan belia di daerah masing-masing.

Salah seorang peserta, Noor Hafiza Hasbullah, 25, dari Pasir Puteh berkata, program itu membuka matanya untuk terlibat dalam dunia perniagaan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga.

Noor Hafiza yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri tidak bekerja untuk menumpukan perhatian kepada kehidupan berkeluarga setelah berkahwin pada 2007.

"Saya diberi panduan kaedah menguruskan kiosk burger dan minuman Mat Salai dan mula berniaga sendiri di hadapan rumah sejak September lalu.

"Jualan boleh mencapai sehingga RM1,500 sebulan dan suami menggalakkan saya untuk berniaga di pusat bandar pula selepas ini.

"Ada juga ahli keluarga yang hairan kenapa dengan kelulusan tinggi saya 'hanya' berniaga burger sahaja tetapi saya tidak kisah kerana pendapatan ini datang daripada titik peluh saya sendiri, bukan bergantung kepada orang lain," katanya.

Nik Mohd. Nazierul Aniza Md. Johan, 21, dari Kuala Krai pula memilih mendapatkan kemahiran dalam bidang pembaikan enjin petrol dan diesel dengan syarikat SHNS Sdn. Bhd.

Katanya, dia bermula daripada kosong dan latihan selama enam bulan itu telah memberikannya keyakinan untuk mengukuhkan lagi pengetahuannya dalam bidang tersebut di peringkat yang lebih tinggi.

"Saya bercadang mengambil kursus lanjutan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di Shah Alam pula tahun hadapan.

"Saya berazam untuk melakukan yang terbaik dan membuka bengkel sendiri bagi membantu ibu bapa saya yang bekerja sebagai penoreh getah," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

90 peratus tandas masjid kotor

Posted:

90 peratus tandas masjid kotor

90 peratus tandas masjid kotor

Oleh Mohd. Zuharman Mohammad Nor
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Dis. - Kebersihan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih berada di tahap yang rendah dengan 90 peratus daripadanya adalah kotor.

Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK), Ahmad Othman berkata, kebanyakan tandas masjid dan surau di negeri ini tidak dijaga dengan baik.

"Sejak menjelajah 70 masjid di seluruh negeri ini untuk memberi penerangan mengenai konsep pengguna bijak bestari, kita mendapati 90 peratus tandas masjid adalah kotor.

"Sememangnya kita kesal dengan situasi itu kerana membuatkan para jemaah surau atau masjid tidak selesa sewaktu menggunakan kemudahan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu katanya, kebanyakan masjid tidak menyediakan tandas duduk untuk kemudahan warga emas dan kurang upaya.

"Kemudahan-kemudahan seperti itu amat penting dan perlu untuk jemaah yang berusia, orang sakit atau mereka yang tidak boleh mencangkung," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid dan surau sepatutnya memberi lebih perhatian terhadap keperluan tersebut memandangkan kebanyakan jemaah adalah terdiri daripada golongan yang sudah berusia dan uzur.

Sehubungan itu, beliau berharap masjid dan surau di negeri ini menitikberatkan aspek kebersihan tandas kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen