Selasa, 28 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Mengembara sambil beramal

Posted:

Mengembara sambil beramal

Mengembara sambil beramal

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Hishamuddin Mustafa (duduk diatas motosikal) bersama Saleem (lima dari kanan) dan Asheed Def Geb C (dua dari kanan) serta penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi di Permaisuri Resort, Teluk Kemang, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 27 Dis. – Sudah terbayang kegembiraan pada wajah anak- anak kurang upaya di sekitar Seremban apabila mereka dibawa mengelilingi bandar Port Dickson dengan menaiki motosikal berkuasa besar.

Itu pengalaman yang bakal dialami oleh 30 kanak-kanak berkenaan apabila Pejabat Tourism Malaysia negeri dengan kerjasama Permaisuri Resort mengadakan Program Big Bike Fiesta pada 31 Disember ini dan 1 Januari depan.

Program itu bukan sahaja untuk menge- ratkan silaturahim antara peserta dan peminat akan tetapi ia juga bagi membolehkan kanak-kanak terlibat merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa besar.

Pengarah Pejabat Tourism Malaysia negeri, Hishamuddin Mustafa berkata, program amal juga dijangkakan akan menghimpunkan 1,000 pemilik motosikal besar dari Malaysia, Thailand serta Singapura.

Jelas beliau, di samping menjalankan kerja-kerja amal, ia juga dilihat sebagai salah satu cara bagi meningkatkan kedatangan para pelancong ke pantai peranginan itu.

''Bagi kami Negeri Sembilan mempunyai pelbagai produk pelancongan yang boleh diketengahkan kepada para pelancong. Ini termasuk pantai peranginan selain kemudahan hospitaliti yang lengkap buat mereka.

''Kita melihat golongan pemilik motosikal berkuasa besar ini mempunyai pengikut yang ramai malah boleh dikatakan ia menarik perhatian orang ramai apabila mereka berkonvoi," katanya di sini baru baru ini.

Mengulas mengenai program berkenaan, Hishamuddin menjelaskan, kesemua peserta akan menjelajah kawasan Seremban sebelum melalui kawasan jalan lama ke Lukut sebelum tiba ke Permaisuri Resort.

Katanya, mereka juga akan dibawa menaiki kapal melalui program Sunset Cruise, cabutan bertuah, pertunjukan bunga api selain persembahan artis-artis tanah air antaranya Saleem, Ali XPDC, Asheed Def Geb C dan Bandi Amuk.

Pengurus Residen Permaisuri Resort, Aswandy Hassan memberitahu, program seperti itu merupakan salah satu kerjasama pintar dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini.

Jelasnya, jalinan yang dibuat itu mampu menarik pelancong khususnya peminat motosikal berkuasa besar untuk mengetahui pakej pelancongan yang ditawarkan kepada pengunjung.

''Ini merupakan salah satu cara kedua-dua pihak dapat memajukan sektor pelancongan di negeri ini memandangkan banyak produk pelancongan yang disediakan untuk pengunjung.

''Ini termasuk Muzium Tentera Darat, PD Mini Zoo, PD Ostrich, kota dan muzium dekat Lukut dan sebagainya. Jadi ia memang dapat membantu sektor pelancongan di sini untuk meningkat.

''Untuk program ini kita telah merancang dengan rapi acara-acara yang akan diadakan. Malah kita juga menjangkakan sambutan daripada mereka akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang diterima," katanya.

Aswandy memberitahu, mereka yang berminat untuk menyertai program itu boleh menghubungi urus setia di talian 019-7913882, 012-6537286 dan 013-3031010.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bukan sekadar berseronok tetapi mendidik

Posted:

Bukan sekadar berseronok tetapi mendidik

Bukan sekadar berseronok tetapi mendidik


Sebahagian penunggang motosikal berkuasa tinggi bersiap sedia menggegarkan Port Dickson dengan deruman ekzos pada Program Big Bike Fiesta.


TELOK KEMANG 27 Dis. – Program Big Bike Fiesta pada 31 Disember ini dan 1 Januari depan bukan program untuk berseronok, tetapi ia merupakan landasan untuk melakukan kerja-kerja amal.

Malah, peserta yang akan menyertai program itu memberitahu, ia memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk merasai keseronokan mengelilingi bandar Port Dickson menaiki motosikal berkuasa besar.

Bagi Mohd. Zu'u Mohd. Zin, 31, program seperti itu perlu dilihat sebagai satu kerja amal yang bukan sahaja menyeronokkan akan tetapi memberi pengalaman yang berharga buat golongan yang kurang bernasib baik.

Katanya, ia perlu dilihat sebagai program yang boleh mendatangkan faedah dan bukannya pencetus kepada amalan yang tidak sihat.

''Bagi saya program ini juga secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran kepada mat rempit kerana bagi penunggang motosikal seperti kami, aspek keselamatan diberikan keutamaan.

''Malah dari situ nanti golongan mat rempit ini akan mula sedar dan tidak mustahil mereka akan menjadikan keselamatan sebagai perkara utama yang pelu diberikan tumpuan," katanya.

Dia juga menjelaskan, program itu mampu untuk mengeratkan silaturahim antara mereka selain menyambut tahun baru 2011 dengan cara yang lebih bermanfaat.

Peserta dari Singapura, Jamal Ahmad, 48, berkata, program itu merupakan salah satu peluang untuk rakan senegaranya berkunjung dan melancong ke negara ini.

Walaupun pernah menyertai konvoi di beberapa buah tempat di sini, namun suasana di Port Dickson jauh berbeza dengan tempat-tempat lain.

''Saya kini sedang mengumpul lebih 100 peserta dari Singapura kerana bagi saya program ini tidak hanya untuk berhibur tetapi ia juga memberikan satu pengalaman baru kepada insan kurang upaya," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen