Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


SPRM pandang serius laporan Reuters

Posted:

SPRM pandang serius laporan Reuters

SPRM pandang serius laporan Reuters

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius laporan agensi berita asing, Reuters semalam, berhubung wujudnya penglibatan pegawai kerajaan negara ini dalam kes rasuah oleh Syarikat Alcatel Lucent SA.

Menurut satu kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini hari ini, dalam laporan terbabit, penglibatan pegawai kerajaan itu membabitkan pembahagian kontrak syarikat telekomunikasi tersebut.

Katanya, sehubungan itu, SPRM akan membuat semakan dengan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan ini sehinggalah ia disahkan," kata kenyataan itu.

Dalam laporan itu, Reuters menyatakan Alcatel bersetuju membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat bahawa ia melakukan suapan mencecah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Alcatel dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh.

Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat tersebut menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta (RM24.7 juta) untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.

Hari ini, sebuah portal berita, The Malaysian Insider yang memetik laporan tersebut berkata, syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan menyiasat dakwaan penglibatan rasuah oleh syarikat itu dalam pembahagian kontrak AS$85 juta (RM267 juta).

Menurut sumber portal itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat mendedahkan maklumat berkenaan dua pegawai kerajaan dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 (RM2.1 juta) bagi mendapatkan maklumat kontrak.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Buktikan bas guna alat ganti tiruan

Posted:

Buktikan bas guna alat ganti tiruan

Buktikan bas guna alat ganti tiruan

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) diminta mengemukakan senarai bas yang menggunakan alat ganti tiruan kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat pengusaha terlibat.

Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, Setiausaha Agung TWU, Datuk Zainal Rampak perlu mengemukakan bukti itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

"Beliau perlu tunjukkan bas mana yang menggunakan alat ganti tiruan dan apa alat ganti yang digunakan.

"Ini kerana dakwaan berkenaan adalah serius, maka beliau perlu memberi penjelasan kepada pihak berkuasa supaya siasatan yang sewajarnya dapat dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Zainal mendakwa kecenderungan kebanyakan syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan dikatakan menjadi punca banyak bas terbabit dalam kemalangan.

Menurutnya, kebanyakan syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tersebut kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat selain mudah didapati.

Beliau turut mencadangkan pengharaman penggunaan bas dua tingkat di kawasan tanah tinggi kerana dikatakan tidak sesuai dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau.

Menurut Mohamad Ashfar, setakat ini beliau tidak tahu sama ada terdapat syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan untuk meminimumkan kos mereka, oleh itu punca kemalangan bas tidak boleh dipastikan sekiranya keputusan siasatan belum diumumkan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen