Selasa, 28 Disember 2010

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isteri anggota polis didakwa pukul suami

Posted: 27 Dec 2010 11:38 PM PST

SHAH ALAM, 28 Dis — Seorang isteri kepada anggota polis dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada suaminya, pada awal bulan lepas.

Tertuduh pertama, Steven Athimoloo, 22, dan tertuduh kedua, Kasturi Saminathan, 27, didakwa bersama-sama sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Balai Polis Rawang, Vimal Raj Gangatharan, 25, iaitu suami Kasturi, dengan menggunakan kayu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan Hulu Yam, Selayang, Gombak, Selangor, kira-kira pukul 1 pagi, 11 November lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin atas alasan kes itu serius memandangkan ia melibatkan kepentingan awam setelah dilaporkan oleh media.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili Steven, merayu kepada mahkamah supaya meringankan jaminan sebanyak RM5,000 kerana anak guamnya itu berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan hanya bekerja bersama abangnya menjalankan kerja-kerja kontrak.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Kasturi berhujah bahawa rupa bentuk badan anak guamnya yang kecil menimbulkan keraguan sama ada dia mendatangkan kecederaan parah terhadap suaminya.

"Rupa badan yang kecil tertuduh menimbulkan keraguan sama ada beliau betul-betul mendatangkan kecederaan kepada suaminya yang lebih-lebih lagi merupakan seorang anggota polis," katanya yang memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000.

Beliau berkata wujud juga keraguan dalam pertuduhan terhadap anak guamnya sebab dalam kebanyakan kes rumah tangga melibatkan kaum India, kebiasaannya hanya suami yang memukul isteri tetapi sebaliknya dalam kes ini.

Faridah Nurdinie bagaimanapun menjelaskan kes itu serius memandangkan kedua-dua tertuduh bersama-sama mendatangkan kecederaan di bahagian kepala mangsa, menggunakan kayu sehingga hilang ingatan.

Hasbi membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Januari untuk sebutan kes dan penyerahan dokumen berkaitan termasuk laporan perubatan.

Hasbi turut membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka dipukul anggota polis ketika dalam tahanan reman. — Bernama

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Alat ganti tiruan anatra punca kemalangan bas

Posted: 27 Dec 2010 11:28 PM PST

PETALING JAYA, 28 Dis — Alat ganti tiruan kini dikategorikan sebagai antara faktor utama kemalangan melibatkan bas ekspres di negara ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Datuk Zainal Rampak berkata penggunaan alat ganti seperti itu berleluasa dalam kalangan syarikat bas kerana ia lebih menjimatkan kos selain mudah didapati.

"Benda ini sudah lama berlaku namun tidak banyak pihak meluahkannya pada pihak berkuasa dan kini pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu memberi perhatian serius terhadap isu ini," katanya kepada pemberita di pejabat TWU di sini hari ini.

Zainal berkata antara alat ganti tiruan yang digunakan secara meluas ialah cakera brek yang kadangkala diguna semula selain alat ganti yang tidak sesuai dengan model bas mereka.

"Cakera brek tiruan ini, bila ditekan berkali-kali ketika menuruni bukit contohnya, akan menjadi panas dan akhirnya akan menjadi lembut serta gagal berfungsi pada saat kecemasan," katanya.

Menyentuh penggunaan bas dua tingkat, Zainal mencadangkan agar ia diharamkan penggunaannya sebagai bas perjalanan jauh di negara ini kerana muka bumi yang tidak sesuai kerana berbukit-bukau.

Apabila bas jenis itu dipandu mendaki bukit yang tinggi, keseimbangan bas akan terganggu lebih-lebih lagi ketika ia dipenuhi penumpang dan ini akan membahayakan semua yang berada dalam bas, katanya.

Beliau berkata bas jenis itu hanya sesuai digunakan sebagai bas dalam Bandar sahaja.

Bulan ini sahaja, dua kemalangan melibatkan bas dua tingkat berlaku iaitu pada Ahad lalu di Jalan Raub-Bentong yang mengakibatkan enam tercedera dan pada 20 Dis lalu di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 28 nyawa. — Bernama

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen