Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pelajar perempuan terus dominan

Posted:

Pelajar perempuan terus dominan

Pelajar perempuan terus dominan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Para pelajar baru menaiki bas untuk ke asrama selepas mendaftar di UiTM Kampus Machang, kelmarin.


MACHANG 28 Dis. - Sesi pendaftaran pelajar baru ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini menyaksikan pelajar perempuan terus dominan dengan 831 orang berbanding hanya 503 penuntut lelaki.

Pengarah UiTM Kelantan, Prof. Datuk Dr. Hussin @ Mohamad Ab. Rahman berkata, pelajar perempuan turut mendominasi 17 kursus pengajian yang ditawarkan.

"Peluang pembelajaran terus diberikan dengan sasaran 40 peratus daripada pelajar sepenuh masa menamatkan pengajian masing-masing dengan Himpunan Purata Nilai Gred sekurang-kurang 3.00," katanya sempena Minggu Destinasi Siswa Semester Disember -April 2011 di universiti itu semalam.

Beliau berkata, sasaran tersebut sebahagian daripada visi UiTM Kelantan untuk menjadi sebuah kampus yang unggul dan peneraju dalam semua bidang profesional dan akademik di negeri ini.

Selain itu, katanya, ia juga untuk mengukuhkan pengurusan dan pembangunan organisasi dalam menyediakan pendidikan berkualiti, kepakaran dan perundingan, khidmat masyarakat, penyelidikan dan inovasi dengan berteraskan nilai etika profesionalisme.

Beliau memberitahu, ketika ini terdapat 7,000 pelajar yang menuntut di dua kampus universiti itu iaitu di Kota Bharu seramai 1,300 orang dan di Machang dengan 5,700 pelajar.

Tambahnya, menjelang 2015 bilangan pelajar di kampus Kota Bharu akan ditingkatkan kepada 5,000 sementara Machang pula akan ditambah sehingga 10,000 pelajar.

"Selain itu, UiTM Kelantan juga berharap Pusat Pembangunan Komuniti di Jeli dapat dijadikan kampus tetap pada masa akan datang untuk memberi peluang pelajar-pelajar dari daerah tersebut dan sekitar mendapat pendidikan tinggi," katanya.

Dalam pada itu, bidang perniagaan terus menjadi pilihan pelajar apabila 202 orang daripada 1,374 pelajar baru yang mendaftar, memilih bidang berkenaan iaitu 137 orang di peringkat diploma, manakala 65 orang pula menyertai program sarjana muda.

Selain itu, 87 pelajar mengikuti bidang diploma perakaunan, pelbagai bidang seni lukis & seni reka iaitu tekstil (48), seni logam halus (52), seni halus (42), perbankan (130), sains komputer (69), statistik (45), sains kuantitatif (44) dan pengajian maklumat (88).

Bagi program peringkat sarjana muda statistik pula seramai tujuh orang dan pengurusan maklumat (15). Seramai 505 orang pelajar lagi mengambil pengajian praperdagangan peringkat sijil.

Sementara itu, tiga pelajar yang baru mendaftar di universiti itu menyatakan, pilihan pengajian yang diberikan menepati minat mereka.

Adilah Akilah Md. Yunus, 18, berkata, dia bercadang untuk menamatkan pengajian perniagaan yang ditawarkan dalam tempoh tiga tahun dan berhasrat menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Katanya, ini untuk membantu keluarganya mengembangkan perniagaan produk berasaskan Roselle pada masa hadapan.

Anak kedua daripada empat adik-beradik itu berkata, dia memohon bidang pengajian itu kerana ingin melengkapkan diri dengan pengetahuan tersebut sebelum menceburi profesion berkenaan.

''Saya yakin dengan pengetahuan yang diperoleh di UiTM akan membolehkan saya membantu memajukan perusahaan keluarga," katanya yang berasal dari Batu Kurau, Perak.

Bagi Rashatirah Khamis, 18, pula, dia memilih bidang seni lukis dan seni reka kerana bercita-cita untuk membuka galeri lukisan di kampungnya di Jasin, Melaka apabila tamat pengajian kelak.

"Dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh nanti, saya akan melibatkan diri dengan perusahaan batik," katanya yang mengakui mendapat galakan daripada keluarga untuk menceburi bidang berkenaan.

Nor Syahirah Mohd. Noor, 18, pula berkata, dia mengambil bidang seni lukis dan seni halus kerana ia sesuai dengan minatnya dalam bidang lukisan dan ingin menjadikannya sebagai kerjaya.

"Saya datang dan mendaftarkan diri di UiTM kampus Machang dengan harapan dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan sebagaimana rakan-rakan lain sebelum ini," katanya yang berasal dari Skudai, Johor.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

100 peserta 11 IPT ASEAN sertai U-Assit Networking

Posted:

100 peserta 11 IPT ASEAN sertai U-Assit Networking

100 peserta 11 IPT ASEAN sertai U-Assit Networking

KOTA BHARU 28 Dis. - Seramai 100 peserta dari 11 buah universiti rantau Asia Tenggara menyertai program U-Assist Networking 2010 anjuran Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini baru-baru ini.

Program dua hari bermula 22 Disember itu bertemakan Never Alone: Sharing Best Practices dan bertujuan membolehkan kakitangan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar maklumat sesama mereka.

Antara yang hadir adalah wakil dari University Prince of Songkhla (PSU) Kampus Pattani, Thailand; Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei dan empat universiti dari Indonesia iaitu Institut Teknologi Sepuluh Nobember (ITSN) Surabaya, Universiti Trisakti (UT) Jakarta, Universiti Andalas (UA) Padang dan Universiti Teknologi Bandung (UTB).

Selain UMK sendiri sebagai tuan rumah, turut hadir adalah peserta dari IPT tempatan lain iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed dalam kata-kata aluannya berkata, kakitangan pentadbiran universiti adalah jentera penting bagi memastikan kesinambungan pengurusan universiti yang cekap dan cemerlang.

Katanya, menerusi program yang pertama kali diadakan itu, kakitangan yang hadir dari dalam dan luar negara diminta menjalin rangkaian kerjasama bagi memudahkan pemindahan kepakaran antara mereka.

"Berkongsi amalan terbaik adalah kunci kejayaan kakitangan yang membawa kepada kecemerlangan organisasi. Selain belajar daripada kesilapan sendiri, ilmu yang lebih berkesan adalah untuk belajar daripada kesilapan dan kejayaan orang lain.

"Jika ada kalangan kita yang mampu melakukan usaha yang baik, maka orang lain akan turut cenderung melakukan perkara serupa lantas membuahkan kejayaan bersama," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam dan Protokol ITSN, Mochamad Agung Pamujo ketika ditemui berkata, usaha menganjurkan program seperti itu adalah amat bijak kerana ia menghimpunkan tulang belakang sebenar yang menggerakkan perjalanan sesebuah universiti.

"Selalunya program kerjasama yang diadakan hanya melibatkan 'kepala-kepala' atasan membincangkan perkara dasar dan isu-isu besar.

"Tetapi kali ini kakitangan seperti setiausaha pejabat dari universiti pelbagai negara dapat berkumpul dan bersemuka bagi berkongsi pengalaman.

"Ia dapat membuka minda dan memberi peluang menimba pengetahuan baru daripada peserta lain lantas menyampaikan pula kepada rakan-rakan di institusi kami sendiri," katanya.

Beliau berharap, program serupa dapat diadakan secara tahunan dan bergilir-gilir antara institusi terlibat termasuk di ITNS yang mempunyai 16,000 pelajar dan 1,500 kakitangan pengurusan.

Bagi Pegawai Hubungan Antarabangsa PSU, Kampus Pattani, Suradet Thongbuncu pula, gerak kerja antara sesebuah universiti pastinya mempunyai pendekatan berbeza dan tersendiri.

Justeru, katanya, input yang diperoleh menerusi program itu akan diaplikasikan berdasarkan kesesuaian dan budaya di tempat masing-masing.

"Di samping berkongsi taktik, peluang berjumpa dengan peserta lain memberi perspektif baru kepada kami dalam memahami peranan sebenar yang patut dimainkan kakitangan pengurusan universiti.

"Kami akan melihat kaedah mana yang paling sesuai untuk menjadikan kerja kami lebih efektif daripada hasil perbincangan dengan rakan-rakan universiti lain di sini," katanya.

Peserta tuan rumah, Siti Hajar Muhamad Azmi yang bertugas di Pusat Pembangunan Bahasa dan Pembangunan Insan (PPBPI) pula berharap, sesi-sesi forum dalam seminar itu akan dipanjangkan lagi masanya jika program sama dianjurkan pada masa hadapan.

"Tidak puas rasanya mendengar pengalaman yang diceritakan pegawai-pegawai yang lebih senior. Panduan yang diberikan mereka amat kami perlukan yang sedang mencorak perjalanan sebuah universiti baru seperti UMK," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen