Khamis, 7 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis perluas rondaan ke sekolah antarabangsa

Posted:

Polis perluas rondaan ke sekolah antarabangsa

Polis perluas rondaan ke sekolah antarabangsa

07/06/2012 9:55pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan memperluas skop rondaan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) ke sekolah-sekolah termasuk sekolah antarabangsa di Lembah Klang.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, rondaan akan dijalankan pada waktu puncak persekolahan.

Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu juga sebagai meneruskan kejayaan inisiatif omnipresence di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). – BERNAMA

Bengkel curi air, Syabas rugi lebih setengah juta

Posted:

Bengkel curi air, Syabas rugi lebih setengah juta

Bengkel curi air, Syabas rugi lebih setengah juta

07/06/2012 9:52pm

PELABUHAN KLANG – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerugian lebih RM500,000 gara-gara perbuatan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Banting, Pandamaran di sini, yang mencuri air sejak 2007.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kes itu dikesan susulan aduan orang awam diikuti siasatan sejak dua minggu lepas di kawasan perindustrian berkenaan.

Siasatan mendapati pengusaha bengkel membuat sambungan secara haram sepanjang 300 meter dari paip saliran utama Syabas, dan menyembunyikan sambungan dengan menanamnya dalam tanah, katanya kepada pemberita selepas operasi pemotongan bekalan air ke premis itu, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bengkel itu telah beroperasi sejak lebih 10 tahun membabitkan aktiviti membaiki kenderaan seperti lori dan kereta.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha bengkel menyebabkan berlaku gangguan bekalan air serta kehilangan Air Tak Berhasil (NRW) yang tinggi di kawasan itu, katanya. – BERNAMA

Siasat penguat kuasa lindungi peniaga asing di KL

Posted:

Siasat penguat kuasa lindungi peniaga asing di KL

Siasat penguat kuasa lindungi peniaga asing di KL

07/06/2012 9:50pm

PUTRAJAYA – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat pegawai penguat kuasa yang didakwa melindungi warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Kuala Lumpur.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, lebih 80 peratus peniaga asing haram menguasai perniagaan di Chow Kit, Lebuh Ampang, Pasar Seni, Pasar Keramat, Pasar Besar Kuala Lumpur, Masjid India, Petaling Street dan Segambut adalah dengan bantuan dan pertolongan pegawai-pegawai penguat kuasa.

"Kita minta SPRM siasat ada segelintir pegawai DBKL, polis dan imigresen terlibat dalam proses pemberian lesen menggunakan nama ahli keluarga dan saudara mara. Mereka (pegawai-pegawai penguat kuasa) melindungi peniaga asing itu.

"Lebih kurang 80 peratus peniaga warga asing terlibat dalam Kuala Lumpur adalah peniaga asing haram. Kita ada bukti, kalau SPRM nak ikut kita sedia membawa ke tempat itu hari ini juga," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada SPRM di pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau juga khuatir akan berlakunya penyelewengan dalam pemberian lesen kepada peniaga asing tanpa izin bagi bazar Ramadan.

Selain itu katanya, pertubuhan itu juga mahu kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membanteras isu kebanjiran peniaga asing haram di negara ini yang menurutnya, sudah mencapai tahap membimbangkan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan