Rabu, 27 Jun 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Raja Azmi, Jailani sah bercerai talak satu

Posted: 27 Jun 2012 02:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohamad Jalani Sidek sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,jam 3.30 petang tadi.

PDRM sedia laksana konsep perbicaraan pantas

Posted: 27 Jun 2012 01:07 AM PDT

Mutakhir

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia untuk menjayakan konsep "perbicaraan pantas" sejajar dengan pindaan Kanun Tatacara Jenayah yang berkuatkuasa mulai bulan ini, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaannya, Datuk Razali Basri hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat dan penyelia penyiasatan kini mula mengikuti seminar mengenai siasatan dan pendakwaan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam menjayakan konsep perbicaraan pantas itu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar dua hari membabitkan 80 penyiasat dan penyelia penyiasatan peringkat wilayah utara di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini, hari ini, beliau berkata konsep perbicaraan pantas itu akan menjimatkan masa mahkamah. Pada Mei lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2012 yang antara lain bertujuan melengkapi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang diwujudkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Razali berkata, konsep itu akan turut dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Peguam Negara, mahkamah dan pegawai yang menjalankan siasatan di samping memberi ruang rundingan pra bicara bagi pengakuan bersalah orang yang dituduh.

Beliau berkata, pihak mahkamah akan melaksanakan perbicaraan kes dengan sekurang-kurangnya memanggil saksi pertama selewat-lewatnya 90 hari daripada tarikh dituduh manakala sebelum ini ini tiada tempoh masa ditetapkan.

Bagi orang yang dituduh yang membuat pengakuan bersalah, mereka boleh membuat pilihan untuk tuduhan pindaan yang lebih ringan atau mengekalkan tuduhan asal tetapi dengan hukuman yang lebih ringan.
Bagaimanapun, perbicaraan pantas itu hanya membabitkan kes-kes kecil yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun.

Bagi menjaga kepentingan mangsa bagi kes-kes lebih berat termasuk jenayah seksual, Razali berkata perbicaraan kes adalah seperti biasa dan tidak disenaraikan sebagai kes yang boleh dijalankan secara perbicaraan pantas.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan