Sabtu, 16 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Samseng serang sekolah

Posted: 15 Jun 2012 12:08 PM PDT

MukaDepan

10 pelajar termasuk guru penolong kanan parah

KAJANG: Bagaikan pertempuran kumpulan kongsi gelap. Itulah gambaran saksi yang melihat lebih 30 remaja bersenjatakan kayu, besi, cota dan topi keledar menyerang lebih 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana, di sini semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari yang menyebabkan lebih 10 pelajar dan seorang guru penolong kanan sekolah cedera parah, berlaku sejurus murid tingkatan tiga, empat dan lima keluar dari pekarangan sekolah selepas tamat sesi pagi.

Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan pelajar keluar dan menyerang balas serta menyelamatkan rakan. Sejurus selepas itu, seorang guru penolong kanan keluar bagi meleraikan mereka dan menarik pelajar masuk kembali ke dalam kawasan sekolah. - Saksi

Menurut saksi, pelajar yang berjalan kaki keluar sekolah diserang secara tiba-tiba oleh kumpulan remaja yang menunggu sejak 11.30 pagi di luar kawasan sekolah.

"Mereka memukul menggunakan topi keledar, kayu, besi dan cota sebelum beberapa pelajar lain dari dalam kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang.

"Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan pelajar keluar dan menyerang balas serta menyelamatkan rakan. Sejurus selepas itu, seorang guru penolong kanan keluar bagi meleraikan mereka dan menarik pelajar masuk kembali ke dalam kawasan sekolah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Namun, guru itu diserang beberapa remaja menggunakan topi keledar sehingga parah pada kepala dan dihantar ke hospital oleh seorang guru dan beberapa pelajar.
Katanya, kumpulan penyerang adalah bekas pelajar yang dibuang sekolah dibantu beberapa rakan dewasa dengan memukul pelajar yang berada berhampiran mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada polis.

Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia melihat penyerang bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju ke lokasi kejadian.

"Mereka melarikan diri kawasan perumahan berhampiran dan meninggalkan motosikal mereka yang kemudiannya dihumban ke dalam longkang oleh pelajar," katanya.

Dia berkata, lebih 10 pelajar cedera dibelasah.

Rakannya pula mengesyaki serangan adalah susulan pergaduhan mereka dengan pelajar sekolah berkenaan petang kelmarin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hj Rahim Ahmad

Budak2 spt inilah yang dicari oleh pihak tertentu untuk menjayakan kelangsungan agenda mereka. Nauzubillah


DBKL senarai hitam pemandu liat bayar saman

Posted: 15 Jun 2012 12:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Lebih sejuta pesalah lalu lintas di ibu negara raya yang gagal membayar kompaun akan disenaraihitamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tindakan itu selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 20 Januari tahun lalu yang membolehkan DBKL menyenarai hitam pesalah yang tidak membayar kompaun.

Pindaan turut membolehkan DBKL memohon kepada pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (a) menyekat urus niaga pesalah lalu lintas termasuk memperbaharui cukai jalan.

Tindakan senarai hitam dikuatkuasakan kerana jumlah kesalahan terkumpul terlalu tinggi daripada tahun lalu. Daripada jumlah itu, hanya 15 peratus yang membayar kompaun. - Datuk Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, berkata sepanjang tahun lalu, 1.2 juta notis kompaun dikeluarkan seperti membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berganda.

Sehingga April tahun ini pula, 310,966 notis kompaun dikeluarkan kepada pengguna yang melakukan pelbagai kesalahan.

"Tindakan senarai hitam dikuatkuasakan kerana jumlah kesalahan terkumpul terlalu tinggi daripada tahun lalu. Daripada jumlah itu, hanya 15 peratus yang membayar kompaun.

"DBKL tidak akan melanjutkan tempoh menjelaskan kompaun kerana sebelum ini kita sudah memberikan peluang menjelang Hari Raya lalu.
"Senarai hitam membabitkan semua jenis kesalahan lalu lintas kecuali kesalahan meletak kereta," katanya selepas merasmikan Penutupan Bengkel Prosedur Senarai Hitam Ke Atas Kesalahan Lalu lintas, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Jaafar Mohamed, berkata kuasa menyenarai hitam oleh DBKL, selain JPJ dan polis trafik meluaskan lagi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang degil walaupun menerima kompaun.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan