Khamis, 21 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Anwar suruh sumpah

Posted: 20 Jun 2012 12:50 PM PDT

MukaDepan

Bekas Pengarah BPR mengaku diminta buat Akuan Bersumpah bersih nama ketua pembangkang

PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter. Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah. - Abdul Razak Idris, Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa 'tiada kes' terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.
"Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

"Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

"Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah," katanya.

Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media.

"Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu," katanya.

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: "Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Buat baik dibalas baik

Pemimpin yang baik mengutamakan rakyat. Bukannya utamakan diri sendiri.....

Mengeabun

Alahai, dunia ni kan pentas, kita manusia pelakonnya. Cuma kita pelakon sisipan, depa tu pelakon utama.

ahmad

Begitulah dunia, selagi ada nafsu selagi kaum yahudi dan nasarani tak berjaya memecahbelahkan perpaduan orang Islam, usaha mereka akan menyusup masuk menggunakan orang Islam yang tamak

Mohd Noor Pardi

bayangan kebenaran semakin jelas kenapa anwar tak boleh jadi PM... ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Roshaida Abd. Razak

hanya Allah yg mengetahuinya,

nor

makin nak pilihan raya makin byk isu...isu ekonomi lagi penting lol

idrisssssssssssssssss

Nampaknya drama percaturan politik dibumi malaysia melangkau 1001 episod yang masih hanggat...bila drama nak tamat?,pelakon2 utama drama tu dah letih tau....

mohamad iman

sudah...sudah..la..kita hidup bukan menongkat langit..apa shj yg kita buat akan dibalas tuhan walau sekecil mana pun benda itu..

faizal

Kubuq lain-lain. Buat kena tanggung. Yang buruk tetap berbau dan dijanjikan balasannya. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Fadzil

Tuan Guru pun boleh dia lelong, apatah lagi .......

fauzi

Lupakan hasrat nak jadi PM

Hanafi Bin Safie

TAk habis-habis dengan dendam kesumat, Mana yang dikatakan aku ni orang islam.

AHMAD SUKI BIN HASHIM

ALLAH MAHA KUASA INGAT LAH SEGALA PEKERJAAN BAIK BURUK AKAN DISOAL DIAKHIRAT KELAK

Hanafi Bin Safie

Apalah dendam kesumat timbul seperti cendawan selepas hujan.Mati tidak mengenal siapa.Azab tidak kira siapa itu janji Allah.Semua nya mengaku Islam LAH agama Aku,tapi,tapi,tapi....

zackmnr

maha pencipta lebih mengethui.

zj

jangan2 sumpah si Bala tu pun, macam ini jugak tak?

Roslan abdul tashid

Kes 3billion,semakin hari semakin panas, buktikan jangan sampai terlepas kali kedua,ayuh sprm tunjukkan kewibawaanmu

kebatilan tak akan mampu menghalang kebenaran itu muncul sama sekali..cepat atau lambat..manusia punyai hati dan perasaan..tak mungkin seseorang itu mampu bersongkongkol sampai mati tanpa rasa bersalah.

DINO

Selagi ada masa kehidupan ini bertaubatlah atas kesilapan sebelum terlambat.Yang Hak adalah Hak dan yang batil tetap batil.

yuyu

annacomel: itulah permainan anwar, memnambahdungukan minda melayu.
roslan lan: terimalah hakikat bahawa doa orang-orang yang mahukan kebenaran itu terbongkar sedang Allah makbulkan.

kami mahukan kebenaran, Alhamdulillah bukti-bukti lampau sedang menjelma kembali. Ini yang kita mahukan. Semoga Allah lindungi Malaysia

tetap ungul

Allah akan tujukan keadilan itu sedikit hari lgi...sabar itu ada lah kunci kehidupan.

suhaimi

Anwar ba tu,kaki kelentong terunggul,bukti ada pun boleh di putar belit nya apalagi yang dah lama-lama sampai nyawa nak tercabut pun anwar cakap semuanya bohong,tak percaya pi tanya anwar sekarang......

Cinta Damai

setakat inikah mentaliti anak Melayu yang dikisahkan teguh pegangan agamanya? lebih suka mencari syurga dunia dan semakin alpa kepada api neraka?

mamuali

ALLAH MAHA KUASA KEBENARAN PASTI DATANG

Mawar Putih.

.... ALLAH mengetahui apa yang hambanya lakukan (Dunia boleh berdolak dalik) dan di Akhirat nanti akan dihisab....

roslan lan

sudah-sudah, 3Bilion belum selesai, dtg lg kes baru...ingatlah saudara kita akan di pertanggujawabkan oleh Allah dgn apa yg kita katakan kpd yg di kata...Nauzubillah seksa....

annacomel

itulah melayu...sumpah ..sumpah..tak berubah minda...

Kamilus Tupen Jumat

Kebenaran hakiki akan muncul. Tengoklah...nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan