Kosmo Online - Negara |
Posted: Negara dilanda jerebu
KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Lembah Klang dan Perak merosot semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung. Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas. Imej satelit itu juga menunjukkan jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Berikutan itu, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Nizar mohon menghadap SultanOleh AHMAD SYAKIR SAZILI IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kecil) semalam menghantar surat kepada pejabat Istana Besar, Johor Bahru bagi memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim, Jaba Mohd. Noah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tujuan memohon menghadap itu ialah bagi menzahirkan permohonan maaf kepada baginda. "Tujuan saya memohon menghadap baginda Sultan Johor ialah untuk mendapat perkenan menjelaskan kesulitan yang berlaku," katanya dalam surat dua helai yang salinannya difakskan ke pejabat Kosmo! Perak di sini. Mohd. Nizar juga memohon perkenan untuk membawa beberapa sahabat beliau untuk bersama menghadap sekiranya mendapat keizinan baginda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Perjanjian pinjam panda gergasi China dimeterai Posted: Perjanjian pinjam panda gergasi China dimeterai![]() NAJIB (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Abd. Rasid (kanan) dengan Chunlin di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia semalam memeterai satu perjanjian dengan China Wildlife Conservation Association (CWCA) yang akan merintis jalan untuk meminjamkan sepasang panda gergasi kepada Malaysia. Majlis menandatangani perjanjian itu dimeterai antara Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abd. Rasid Samsudin dan Ketua Setiausaha CWCA, Zang Chunlin petang semalam. Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guaqiang. Pasangan panda gergasi yang bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu merupakan simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada tahun 2014. Berdasarkan pengalaman negara jiran seperti Thailand dan Singapura, Malaysia bakal menerima pasangan panda itu dalam tempoh setahun dari tarikh perjanjian dimeterai. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan