Jumaat, 15 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis lakukan analisis cap jari suspek kes samun sekolah

Posted: 15 Jun 2012 03:03 AM PDT

SHAH ALAM: Polis sedang mengenal pasti beberapa kesan cap jari dipercayai milik tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah sekolah rendah di Batu 14, Puchong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, kesan cap jari yang ditemui di lokasi kejadian itu sedang dianalisis oleh Jabatan Forensik dalam usaha menjejaki kesemua suspek.

"Kami percaya akan dapat memberkas mereka dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain cap jari, polis juga meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di sekolah itu.


Dalam kejadian awal pagi semalam, sekolah itu mengalami kerugian hampir RM250,000 setelah disamun tiga lelaki, melibatkan wang tunai RM30,000, sebuah kereta Toyota Camry dan sebuah lori kecil.


Menurut polis, suspek berumur antara 20 dan 30 tahun itu menggunakan parang dan satu objek menyerupai pistol untuk menahan sembilan mangsa, termasuk petugas sekolah, yang dibebaskan sebelum suspek melarikan diri. - Bernama




67 peratus rakyat Malaysia mampu miliki rumah

Posted: 15 Jun 2012 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Enam puluh tujuh peratus rakyat Malaysia mampu membeli rumah sendiri, kata ketua pegawai eksekutif Malaysia Property Incorporated, Kumar Tharmalingam hari ini.

Beliau berkata, harta berharga kira-kira RM300,000 adalah popular di kalangan golongan muda.

"Pasaran harta Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang paling mampu milik dan setara dengan pasaran paling menarik di rantau ini dari segi reka bentuk, invoasi dan kawal atur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo iProperty.com Real Deal 2012.

Berdasarkan penyelidikan oleh sebuah majalan Jepun, satu juta rakyat Jepun berminat dengan hartanah di Malaysia, kata Kumar.


Beliau berkata Malaysia telah menjadi pilihan pertama rakyat asing, terutamanya rakyat Jepun yang akan bersara.


Acara tiga hari yang bermula hari ini itu, menjadi tuan rumah kepada 65 syarikat kediaman dan komersil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan