Khamis, 28 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus

Posted:

Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus

28/06/2012 7:32pm

KUALA LUMPUR — Misteri kehilangan seorang lelaki tempatan yang dikatakan hilang sejak Sabtu lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam longkang di Segambut Gate di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemui orang awam pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan perutnya yang sudah kembung, leher diikat dan kepala ditutup dengan selimut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Segambut itu ditemui tersangkut di perangkap sampah dengan berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati ada enam kesan tikaman di dada kanan lelaki itu selain kepalanya hampir putus," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, laporan pihak hospital menunjukkan lelaki itu mati dua hari lepas. Isteri lelaki itu sebelum ini membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada Isnin lepas.— BERNAMA

Bilal, siak terkejut mayat bayi di tangga masjid

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KLANG — Seorang bilal dan siak Masjid Badariah Batu 12, Kapar di sini terkejut apabila mendapati bungkusan plastik hitam yang ditinggal di tangga masjid itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki.

JAS kesan kapal tumpah minyak di Tanjung Piai

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PONTIAN — Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sudah mengambil sampel minyak dari sebuah kapal dagang yang berlabuh di perairan Tanjung Piai bagi siasatan berhubung kejadian tumpahan minyak yang berlaku di sekitar perairan berkenaan termasuk Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan