Jumaat, 15 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


50 tahun kekal

Posted: 14 Jun 2012 03:22 PM PDT

MukaDepan

Pelarasan hanya babit pengeluaran penuh usia 60 sejajar pelaksanaan Undang-Undang Umur Persaraan Minimum

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Dua ketika mencapai umur 50 tahun walaupun umur persaraan minimum pekerja swasta ditingkatkan kepada 60 tahun mulai tahun depan.

Pada masa sama pengeluaran penuh hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang.

Peraturan itu selaras dengan penetapan umur persaraan minimum kakitangan swasta menerusi Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen kelmarin dan berkuat kuasa mulai Januari 2013. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, bagaimanapun berkata pihaknya memberi tempoh peralihan kepada 13 juta pencarumnya merancang kewangan persaraan mereka ketika menyelaras had umur pengeluaran 55 tahun kepada 60 tahun.

Kita akan mengambil kira semua maklum balas, namun memandangkan objektif umur pengeluaran 55 tahun bagi membiayai per-saraan, KWSP perlu menyelaraskannya dengan umur persaraan minimum berkenaan.

Dalam menguatkuasakan sebarang perubahan dalam umur pengeluaran, notis diberikan lebih awal bagi membolehkan pencarum merancang dan menyesuaikan persaraan mereka sewajarnya, katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata penetapan umur persaraan minimum itu memerlukan pindaan dan penyelarasan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Katanya, penetapan umur persaraan minimum 60 tahun akan membabitkan lebih 10 juta pekerja swasta yang sebelum ini tidak ada umur persaraan minimum.

Peningkatan umur persaraan minimum akan meningkatkan jaringan keselamatan sosial pekerja swasta yang bergantung kepada KWSP untuk faedah persaraan dan PERKESO. Caruman mereka bertambah lima tahun dengan simpanan lebih banyak. Kebajikan ketika persaraan lebih terjaga, katanya.

Maznah berkata, penetapan umur persaraan minimum itu juga sejajar dengan perubahan jangka hayat rakyat Malaysia yang meningkat kepada 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi perempuan.

Secara purata, jangka hayat penduduk Malaysia adalah 74 tahun dan angka ini jauh lebih tinggi daripada purata jangka hayat sebelum ini, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Md Alias darus

Pencarum yg mencapai usia 55 patut diberi peluang sekali lg seperti mana usia 50 ; mengeluargan simpanan di akaun 2.

Awang Matasan Alli

PERANCANGAN KEWANGAN PERSARAAN? Saya sudah membuat nya pada usia 49 tahun (2009) dimana saya telah mengambil VSS dgn beberapa perancangan perniagaan telah dirangka berdasarkan saya boleh mengeluarkan dana Akaun 1 KWSP saya bila berumur 55 tahun (kira2 3 tahun dari sekarang). Kalau orang yg sudah tidak bekerja seperti saya juga dikenakan syarat 60 tahun, siapakah yg akan membiayai kehidupan saya dari umur 55 hingga 60 yg tiada dlm perancangan kewangan saya sebelum ini? Orang2 yg sudah bersara pilihan seperti saya dan sudah tidak bekerja MESTI lah di kecualikan drp peraturan baru 60 tahun KWSP.


SYABAS tuntut Kerajaan PKR Selangor bayar RM1.05b

Posted: 14 Jun 2012 03:14 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut Kerajaan PKR Selangor membayar hutang RM1.05 bilion kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.

Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, SYABAS menuntut perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa dalam perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, ada RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) perlu dibayar dan terhutang oleh kerajaan Selangor kepada SYABAS bagi tempoh dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mac 2011.

SYABAS juga menuntut pengisytiharan berhubung tarif dipersetujui mengikut perjanjian konsesi itu yang berjumlah RM1.89/meter padu seperti disahkan sijil bertarikh 26 Disember 2008 yang dikeluarkan Ketua Audit Negara dan penghakiman dimasukkan bagi plaintif terhadap defendan. Dalam tuntutan pindaan difailkan pada 8 September 2011 itu, SYABAS selaku plaintif, turut menuntut kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SYABAS mendakwa berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat itu, ia diberikan konsesi 30 tahun untuk membeli air dirawat daripada pengusaha rawatan air dan membekalkan air dirawat ke kawasan pengagihan mengikut terma dinyatakan dalam perjanjian.

Katanya, SYABAS melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, menghantar satu dokumen kepada kerajaan Selangor bagi menyokong permohonannya untuk meningkatkan tarif yang diwartakan iaitu RM1.39 satu meter padu bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syarikat itu mendakwa, kerajaan Selangor, gagal memaklumkan syarikat itu sama ada bersetuju atau tidak bagi meningkatkan tarif diwartakan kepada tarif dipersetujui.
SYABAS mendakwa pihaknya turut menghantar beberapa surat lagi kepada kerajaan Selangor bagi menuntut pampasan tetapi gagal mendapat sebarang jawapan memuaskan daripada defendan. Ia mendakwa defendan perlu membayar hutang RM1,054,208,382 sebagai pampasan berdasarkan klausa 11.3(4) perjanjian konsesi terbabit.

Kerajaan Selangor dalam pernyataan pembelaan menafikan setiap dakwaan itu dan menegaskan SYABAS tidak layak mendapat pampasan seperti didakwa.

Dalam prosiding di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim Thiam Suan semalam, peguam SYABAS, Lua Ai Siew memaklumkan pihaknya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi meminda pernyataan tuntutannya dan menyerahkan dokumen itu kepada kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia (pihak ketiga) pada 6 Jun lalu.

Peguam mewakili kerajaan Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kebenaran itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan