Jumaat, 22 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Caj RM15 lindungi setiap karya

Posted:

Caj RM15 lindungi setiap karya

Ismail Sabri berbincang dengan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin (kanan) di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Para penggiat seni tanah air diminta tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan karya kreatif mereka pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang akan berlangsung di Hotel Renaissance di sini pada 25 Jun ini.

Mereka boleh mendaftarkan karya masing-masing dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.myipo.gov.my atau mengisi borang yang disediakan di Hotel Renaissance pada hari berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan mendaftar, artis-artis akan mendapat sijil pengesahan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) bahawa karya tersebut adalah hak milik tulen artis berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat pertikaian mengenai status hak milik karya tersebut, artis terbabit boleh membawa sijil berkenaan ke mahkamah untuk dijadikan bukti.

Bagaimanapun, untuk kos proses perlindungan dan rekod, caj RM15 dikenakan ke atas setiap hasil karya yang didaftarkan.

"Selepas karya artis-artis didaftar, MyIPO akan mengeluarkan sijil pengesahan pendaftaran bagi hasil karya berkenaan.

"Ada banyak bentuk karya yang boleh didaftarkan seperti filem, lagu, buku, lirik, skrip, lukisan, foto dan rakaman bunyi.

"Semua hasil karya seni boleh didaftar pada Hari Himpunan Bintang 2012," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perut terburai angkara dendam

Posted:

Perut terburai angkara dendam

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Cheng Feng dan anak lelakinya yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Sungai Petani, Kedah semalam.


SUNGAI PETANI - Malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya apabila mereka menjadi mangsa keadaan selepas bom buatan sendiri yang disyaki ditujukan kepada suaminya meletup hingga menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya putus semalam.

Bom yang dihantar sebagai hadiah tersebut dibungkus di dalam bekas sebesar kotak pensel berukuran kira-kira 11 x 24 sentimeter oleh pihak yang disyaki berdendam dengan suami mangsa kerana persaingan perniagaan.

Bahan peledak itu dihantar ke dalam kawasan rumah mangsa di Jalan Angsana Sari 5, Taman Angsana Sari di sini kelmarin.

Kejadian mengerikan pada pukul 8.20 pagi itu berlaku ketika Tan Cheng Fang, 48, baru sahaja pulang dari sebuah pasar berdekatan bersama anak saudara lelakinya yang berusia 11 tahun. Cheng Fang merupakan isteri pemilik sebuah kilang membuat mi di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kembali ke pangkuan keluarga

Posted:

Kembali ke pangkuan keluarga

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


Zaki Amiruddin ZARINA (kiri) memeluk ibunya, Maimunah sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang, Selangor semalam.


SEPANG – Penantian anggota keluarga Zarina Othman, 47, rakyat Malaysia yang terlantar di Rumah Sakit Jiwa di Banda Aceh, Indonesia berakhir apabila wanita itu dibawa pulang semalam.

Kakak kepada Zarina, Zaitun Othman, 50, berkata, adiknya itu telah hilang tanpa jejak sejak dua tahun lalu sehinggalah media tempatan melaporkan berita mengenai seorang rakyat Malaysia ditemui di Banda Aceh pada awal bulan ini.

Menurutnya, keluarganya yang tinggal di Lanchang, Pahang seolah-olah tidak percaya apabila dilaporkan Zarina berada di Indonesia memandangkan adiknya itu tidak pernah ke negara jiran itu sebelum ini.

"Kami sekeluarga bimbang sejak kehilangan Zarina pada tahun 2010 kerana dia mempunyai masalah tekanan perasaan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan