Jumaat, 29 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen

Posted:

Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen

29/06/2012 7:52pm

KAJANG — Seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati tong drum bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pekerja lelaki berkenaan bertindak memecahkan tong drum bersimen sepenuhnya itu sebelum mendapati terdapat kandungan simen lagi di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik.

"Berikutan itu, lelaki tersebut terus melaporkan kepada majikannya berhubung penemuan rangka itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Abdul Rashid berkata, tiada identiti ditemui pada rangka itu dan siasatan awal polis menemui kesan tetakan pada lehernya.— BERNAMA

Denggi: P.Pinang, 8 negeri catat peningkatan

Posted:

Denggi: P.Pinang, 8 negeri catat peningkatan

29/06/2012 7:23pm

KUALA LUMPUR — Pulau Pinang mendahului lapan negeri yang mencatat peningkatan kes demam denggi antara 17 dan 23 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, daripada 367 kes yang dicatat pada minggu berkenaan, Pulau Pinang merekodkan 12 kes (120 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 12 kes (86 peratus) dan Terengganu lima kes (56 peratus).

Selain itu katanya, Selangor mencatat lima kes (tiga peratus), Melaka empat kes (100 peratus), Perlis tiga kes (43 peratus), Sabah tiga kes (43 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes (100 peratus).

Menurutnya kematian akibat denggi juga meningkat kepada tujuh orang dengan 22 kematian dilapor tahun ini berbanding 15 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.— BERNAMA

Bilangan pengemis di Kuala Lumpur turun 49%

Posted:

Bilangan pengemis di Kuala Lumpur turun 49%

29/06/2012 7:06pm

KUALA LUMPUR — Jumlah pengemis di bandar raya yang diselamatkan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) menurun sebanyak 49 peratus sejak kempen membanteras pengemis "Henti Memberi, Kami Prihatin" dilancarkan awal tahun ini.

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, seramai 128 orang papa dan pengemis berjaya diselamatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding 250 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk warga asing yang diselamatkan daripada pihak ketiga yang cuba mengeksploitasi dan menyalahgunakan mereka untuk kepentingan peribadi.

Katanya, pengemis tempatan akan ditempatkan di institusi JKM untuk pemulihan manakala warga asing pula diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan