Sabtu, 16 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Budak maut selepas kenduri

Posted:

Budak maut selepas kenduri

Budak maut selepas kenduri

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

SEORANG ahli keluarga mangsa melihat tempat Muhammad Faris Faisal menemui ajal di rumah neneknya di Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Gara-gara menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.

Beliau berkata, turut terkena tembakan di dada ialah bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31, seorang pembantu tadbir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.

"Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.

"Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib luluskan pinjaman RM235 juta

Posted:

Najib luluskan pinjaman RM235 juta

Najib luluskan pinjaman RM235 juta

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) bersama Rosmah sambil ditemani Musa (dua dari kanan) melihat ilustrasi wajah mereka di atas rekaan batik pada Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah di Keningau semalam.


KENINGAU - Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, berita gembira itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang terbaik.

Katanya, pembinaan loji itu apabila siap kelak bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna di daerah itu.

"Kehadiran saya di sini bukanlah semata-mata kehadiran kosong tetapi saya ingin mengumumkan berita gembira buat rakyat Keningau iaitu kelulusan pembinaan sebuah loji rawatan air bersih di sini," katanya ketika merasmikan Pusat Kraftangan Sabah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kubur guru digali semula selepas bapa dakwa anak mati dipukul suami

Posted:

Kubur guru digali semula selepas bapa dakwa anak mati dipukul suami

Kubur guru digali semula selepas bapa dakwa anak mati dipukul suami


ANGGOTA polis mengangkat naik jenazah seorang guru daripada kubur yang digali semula selepas mendapat perintah mahkamah di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu, Tumpat semalam.


TUMPAT - Kubur seorang guru yang meninggal dunia kelmarin terpaksa digali semula semalam selepas bapanya membuat laporan polis kerana mengesyaki anak perempuannya itu mati akibat dipukul suami.

Allahyarham yang berusia sekitar 40-an dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu dan dikatakan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Tumpat untuk menggali semula kubur mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan