Jumaat, 15 Jun 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Sumbat mulut nenek

Posted: 14 Jun 2012 12:11 PM PDT

ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik air.

"Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh diam.

"Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap," kata Md Amin.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Trauma tak habis

Posted: 14 Jun 2012 12:03 PM PDT

CHERAS: "Walaupun sudah hampir lapan bulan kemalangan itu berlaku, namun saya masih trauma dan tidak berani menunggang motosikal, apatah lagi melihat paparan peristiwa kemalangan dipertontonkan tadi (semalam)," kata pelajar, Mohd Fadzlie Izzuan Johari, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, di sini.

Menurutnya, program bicara anjuran syarikat konsesi lebuh raya, Grand Saga Sdn Bhd itu memberi kesedaran kepadanya mengenai keselamatan penunggang motosikal di jalan raya khususnya membabitkan pelajar.


Katanya, paparan itu mengingatkan kembali kemalangan menimpanya dan rakan, Lee Chin Hui pada November tahun lalu hingga menyebabkan rakannya itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung motosikal lain dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, kaki kanan saya patah dan perlu dimasukkan besi manakala Lee meninggal dunia di tempat kejadian. Saya terlantar di hospital selama dua minggu dan menangguhkan persekolahan selama dua bulan.


"Saya menyesal dan reda, kini saya masih menjalani rawatan fisioterapi setiap tiga bulan bagi menguatkan otot kaki dan perlu menjalani pembedahan," katanya.


Mohd Fadzlie antara 120 pelajar yang mengikuti kempen advokasi jalan raya antara Grand Saga Sdn Bhd bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor dan Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Grand Saga, A Rajasolan; Timbalan JKJR Selangor, Yusoff Hashim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Datin Norliza Shamsudin.


Sementara itu, Rajasolan berkata, program tahunan itu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan orang awam mengenai keselamatan di jalan raya.

Sempena kempen itu, pemeriksaan motosikal pelajar juga dijalankan polis trafik bagi memastikan kenderaan dinaiki mematuhi peraturan jalan raya dan selamat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan