Jumaat, 15 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Pelajar tingkatan tiga dikhuatiri lemas

Posted:

Pelajar tingkatan tiga dikhuatiri lemas

Pelajar tingkatan tiga dikhuatiri lemas

15/06/2012 6:48pm

KUANTAN - Kegembiraan dua bersaudara yang mandi di Sungai Tanjung Medang, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya dikhuatiri lemas pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mangsa, Khairul Azim Ab Razak, 15, yang tinggal di Kampung Tanjung Medang masih belum ditemui sehingga kini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Supritendan Amran Sidek berkata, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah disedari terkapai-kapai dan meminta pertolongan saudaranya namun gagal membantu mangsa.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai kejadian itu dan sebaik saja ahli keluarga mangsa tiba semula di tempat kejadian, pelajar terbabit sudah hilang.

Ahli keluarganya kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Pekan, kira-kira pukul 9 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati, saudara mangsa gagal menyelamatkan mangsa akibat arus deras sebelum mangsa hanyut dibawa arus berkenaan.

"Bagaimanapun, polis masih meneruskan operasi mencari mangsa dengan bantuan Unit Skuba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung," katanya. - BERNAMA

Cap jari suspek kes samun sekolah dianalisis

Posted:

Cap jari suspek kes samun sekolah dianalisis

Cap jari suspek kes samun sekolah dianalisis

15/06/2012 6:43pm

SHAH ALAM — Polis sedang mengenal pasti beberapa kesan cap jari dipercayai milik tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah sekolah rendah di Batu 14, Puchong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Assisten Komisioner, Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesan cap jari yang ditemui di lokasi kejadian itu sedang dianalisis oleh Jabatan Forensik dalam usaha menjejaki kesemua suspek.

"Kami percaya akan dapat memberkas mereka dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain cap jari, polis juga meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di sekolah itu.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sekolah itu mengalami kerugian hampir RM250,000 setelah disamun tiga lelaki melibatkan wang tunai RM30,000, sebuah kereta Toyota Camry dan sebuah lori kecil.

Menurut polis, suspek berumur antara 20 dan 30 tahun itu menggunakan parang dan satu objek menyerupai pistol untuk menahan sembilan mangsa termasuk petugas sekolah yang dibebaskan sebelum suspek melarikan diri. - BERNAMA

Jerebu jejas kualiti udara Lembah Klang

Posted:

Jerebu jejas kualiti udara Lembah Klang

Jerebu jejas kualiti udara Lembah Klang

15/06/2012 6:05pm

KUALA LUMPUR - Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang dan Perak hari ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini hari ini menjangkakan keadaan jerebu ini akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat sejak Selasa lepas.

Imej satelit itu juga menunjukkan asap jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan itu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan tiga stesen, Kuala Selagor (IPU 131), Pelabuhan Klang (IPU 130) dan Shah Alam (IPU 106) berada pada tahap tidak sihat. Bacaan IPU di Seri Manjung, Perak pula dicatatkan pada tahap sederhana 94.

JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan