Khamis, 28 Jun 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Saham KL ditutup rendah

Posted: 28 Jun 2012 03:34 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan tekanan jualan di seluruh papan dalam kaunter saham mewah utama dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.65 mata kepada 1,594.24.

Indeks utama dibuka tinggi sedikit sebanyak 0.52 mata kepada 1,602.41, dan bergerak antara 1,602.98 dan 1,591.85 dalam dagangan.

Jualan berterusan dicatatkan dalam pasaran sejak semalam dan malahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia pada hari ini, tidak dapat membantu meningkatnya. Saham FGVH mencatatkan prestasi di luar jangkaan, dibuka 84 sen lebih tinggi pada RM5.39, berbanding harga IPO RM4.55, kata Naib Presiden, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan kepada Bernama.

Beliau berkata para pelabur berhati-hati dan semakin meragui yang penyelesaian utama akan dicapai di Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah lewat hari ini bagi menangani krisis hutang rantau itu, dan ditambah dengan pengumuman data pembuatan China yang dijadualkan hujung minggu ini, telah menjejaskan sentimen pasaran global.

"Kami juga boleh melihat tidak banyak dana asing mengalir masuk ke dalam negara.

"Peserta pasaran sedang menunggu petunjuk baharu," kata Nazri.
Beliau berkata prestasi memberangsangkan FGVH, yang mencatatkan dagangan sulung hari ini, berbanding kesuraman pasaran global menunjukkan bahawa pasaran saham tempatan masih berdaya tahan dan defensif dalam persekitaran yang sukar.

FGVH, kaunter paling cergas ditutup pada RM5.30, naik 75 sen dengan 2.615 juta lot diniagakan, naik turun antara paras tinggi RM5.46 dan paras rendah RM5.24.

Indeks Kewangan turun 36.03 mata kepada 14,214.84, Indeks Perladangan susut 51.41 mata kepada 8,433.89 dan Indeks Perusahaan berkurangan 0.34 mata kepada 2,830.13.

Indeks FBM Emas susut 47.62 mata kepada 10,880.97, Indeks FBM Mid 70 turun 26.95 mata kepada 11,861.49 dan Indeks FBM Ace berkurangan 4.24 mata kepada 4,306.37.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 248 berbanding 476 manakala 306 kaunter tidak berubah, 543 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.563 bilion saham bernilai RM2.741 bilion daripada 1.179 bilion bernilai RM1.631 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 993.725 juta saham bernilai RM2.673 bilion daripada 821.761 juta saham bernilai RM1.578 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 498.192 juta saham bernilai RM56.120 juta daripada 227.643 juta unit bernilai RM34.851 juta pada Rabu.

Waran jatuh kepada 66.604 juta saham bernilai RM9.144 juta daripada 127.723 juta saham bernilai RM16.803 juta sebelumnya.

Di kalangan kaunter cergas, Luster Industries dan Ingenuity Solutions kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada 14.5 sen dan 10 sen manakala Ingenuity Solutions-WA naik 1.5 sen kepada 7.5 sen.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.69 manakala Sime Darby, CIMB dan Petronas Chemicals susut dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.88, RM7.57 dan RM6.47.

Sementara itu, barangan pengguna menyumbang 39.520 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 299.494 juta, pembinaan 25.143 juta, perdagangan dan perkhidmatan 206.395 juta, teknologi 19.529 juta, prasarana 11.436 juta, kewangan 44.168 juta, hotel 719,600, harta 48.455 juta, perladangan 291.498 juta, perlombongan 10,000, REITs 7.331 juta dan dana tertutup 22,800. - BERNAMA


Ibu negara Syria digegar letupan bom

Posted: 28 Jun 2012 03:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]DAMSYIK: Satu letupan menggegarkan ibu negara Syria hari ini dengan laporan media tempatan menyebit kawasan sasaran adalah bangunan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan