Sabtu, 16 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Pastikan bekalan air di Selangor mencukupi

Posted:

Pastikan bekalan air di Selangor mencukupi

Pastikan bekalan air di Selangor mencukupi

16/06/2012 7:57pm

SHAH ALAM - Usaha bagi memastikan bekalan air di Selangor sentiasa mencukupi harus dilaksana dan diberi tumpuan oleh kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Beliau berkata, walaupun berlaku penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri berkenaan masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.

Beliau yang juga Koordinator Barisan Nasional Selangor berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Katanya, sehingga kini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat di Selangor adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.

"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.

Beliau juga berkata, Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa lalu yang kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.

"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya. - BERNAMA

Belia jangan terlibat aktiviti gugat keamanan

Posted:

Belia jangan terlibat aktiviti gugat keamanan

Belia jangan terlibat aktiviti gugat keamanan

16/06/2012 7:47pm

KUALA LUMPUR - Golongan belia disaran menolak segala unsur hasutan untuk berhimpun atau melakukan aktiviti yang mampu menggugat keharmonian negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, golongan itu perlu bijak menentukan tindakan mereka agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada negara.

"Saya yakin golongan belia di Wilayah Persekutuan bijak dan tidak mudah untuk digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha menggugat keamanan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Himpunan Jutaan Belia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) itu berjaya mengumpul hampir 800 anggota gabungan dari sekitar Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik turut melancarkan Skuad Sukarelawan MAYC yang akan mewakili persatuan tersebut bagi menghulur bantuan kepada masyarakat. - BERNAMA

200 atlet mahasiswa berkampung di UPM

Posted:

200 atlet mahasiswa berkampung di UPM

200 atlet mahasiswa berkampung di UPM

16/06/2012 7:35pm

KUALA LUMPUR - Seramai 200 atlet mahasiswa akan menyertai kem latihan pusat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini sebagai persiapan Temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Laos, Disember nanti.

Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Nur Ekmal Buhary berkata, latihan akan berlangsung dari 2 hingga 7 Julai ini.

"Diharap bilangan atlet mahasiswa akan bertambah selepas ini kerana tarikh pendaftaran atlet masih dibuka dan ditutup menjelang Oktober depan, dua bulan sebelum tarikh kejohanan bermula," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa atlet elit negara telah mengesahkan untuk menggalas cabaran di Laos seperti Khoo Cai Lin dan Daniel Bego bagi acara renang dan Ryan Chong, taekwando.

"Kita harap lebih ramai atlet berstatus elit akan bersama kontinjen negara ke kejohanan itu nanti," katanya.

Menurut beliau lagi, antara acara yang akan disertai kontinjen mahasiswa negara ialah bola sepak, badminton, olahraga, renang, taekwando, karate, silat, ping pong, tenis, memanah, sepak takraw dan petanque.

Pada edisi AUG di Chiangmai, Thailand pada 2010, Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga dengan kutipan 37 pingat emas, 36 perak dan 44 gangsa. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan