Selasa, 19 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Perintah darurat di selatan Thai dilanjutkan

Posted: 19 Jun 2012 04:33 AM PDT

BANGKOK: Perintah darurat di tiga wilayah selatan Thailand yang bergolak dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

Timbalan jurucakap kerajaan Anusorn Lamsaart berkata mesyuarat kabinet hari ini bersetuju untuk melanjutkan perintah itu dari 20 Jun hingga 19 Sept di Pattani, Yala dan Narathiwat.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara merasakan bahawa tempoh itu perlu disambung walaupun pada keseluruhannya situasi bertambah baik.

Perintah darurat diperkenalkan di tiga wilayah itu sejak 2004 dan sejak itu ia disambung setiap tiga bulan.


Lebih 5,000 orang terbunuh apabila kumpulan pemisah memulakan semula kempen bersenjata bagi menuntut kemerdekaan di tiga wilayah itu lapan tahun lepas.


Beliau berkata pihak berkuasa akan menilai situasi di setiap kawasan sejak tiga bulan lepas dan dalam tempoh tiga bulan lagi bagi membuat pertimbangan sama ada menarik balik perintah darurat di kawasan tertentu yang keadaan keselamatannya bertambah baik. - BERNAMA


Shebby dilantik pengarah bola sepak Blackburn Rovers

Posted: 19 Jun 2012 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan negara, Serbegeth Singh telah dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab divisyen satu England, Blackburn Rovers, mulai musim depan.

Menurut laporan akhbar 'Daily Mail' United Kingdom hari ini, pelantikan Serbegth, yang lebih dikenali sebagai Shebby, disahkan oleh pemilik kelab, Venky's (India) Limited.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Masa depan pengurus berusia 44 tahun itu masih tidak menentu selepas pasukan itu diturunkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Divisyen Satu selepas menduduki tangga kedua terbawah Liga EPL musim lepas.


Shebby, 43, dijangka meninggalkan kerjayanya sebagai pengulas bola sepak di sebuah saluran televisyen tempatan untuk menggalas cabaran baru itu.


Shebby merupakan bekas pemain negara daripada tahun 179 hingga 1996 dan merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan