Ahad, 17 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Jerebu: Hujan bantu turun IPU

Posted:

Jerebu: Hujan bantu turun IPU

Jerebu: Hujan bantu turun IPU

17/06/2012 6:50pm

KUALA LUMPUR — Hujan lebat di kebanyakan kawasan Lembah Klang sejak pagi tadi menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di empat kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menurun.

Penurunan bacaan IPU tidak sihat (127) direkodkan di Pelabuhan Klang pada 11 pagi ini berbanding IPU 142 yang direkodkan pada waktu yang sama, semalam.

Penurunan IPU tidak sihat turut direkodkan berlaku di Shah Alam (116), Kuala Selangor (110) dan Petaling Jaya (102).

Bacaan IPU yang dicatatkan pada 11 pagi semalam di Shah Alam ialah 130, Kuala Selangor (101) dan Petaling Jaya (131). Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, hasil pemantauan 24 jam lepas sebanyak 10 kawasan mencatatkan bacaan IPU di tahap baik, 37 kawasan IPU sederhana dan tiada kawasan direkodkan bacaan IPU di tahap tidak sihat.

Menurut kenyataan tersebut, kualiti udara yang merosot di Lembah Klang ekoran berlakunya pencemaran jerebu merentas sempadan negara dari Sumatera, Indonesia.

Kenyataan itu turut menyebut, imej satelit yang dikeluarkan "Asean Specialised Meteorological Centre" (ASMC) menunjukkan sebanyak 80 titik panas dikesan di Sumatera semalam berbanding sembilan kelmarin.

Imej satelit itu turut menunjukkan pergerakan jerebu yang dibawa oleh angin barat daya di kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera tengah akan menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia merangkumi kawasan di Lembah Klang.

JAS memaklumkan pihaknya telah menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri dalam usaha memantau status kualiti udara di seluruh negara.

Badan itu turut mengingatkan orang ramai berhubung Perintah Larangan Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih berkuatkasa. — BERNAMA

Pelbagai jenis dadah bernilai RM600,000 dirampas

Posted:

Pelbagai jenis dadah bernilai RM600,000 dirampas

Pelbagai jenis dadah bernilai RM600,000 dirampas

17/06/2012 6:47pm

KUALA LUMPUR — Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk Eramin 5 bernilai hampir RM600,000 untuk pasaran Lembah Klang dalam serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat dan sebuah kondominium di Bukit Idaman, Selayang semalam.

Dalam serbuan pertama ke sebuah rumah teres tiga tingkat yang diubah suai menjadi pusat hiburan ekslusif di kawasan Bukit Idaman itu kira-kira 1 pagi, polis menemui beberapa jenis dadah dalam premis berkenaan dan juga dalam sebuah kereta mewah jenis BMW yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abd. Rahim Abdullah hari ini berkata, lima lelaki dan dua wanita berumur antara 20-an hingga 50-an yang sedang berkaraoke di dalam premis berkenaan ditahan.

Salah seorang daripada wanita yang ditahan merupakan pelajar warga China berumur 21 tahun manakala yang lain antaranya bekerja sebagai penarik kereta dan penyelia tapak pembinaan, katanya.

"Rumah itu diubah suai dan dijadikan sebagai pusat hiburan ekslusif yang dikunjungi golongan tertentu. Bahagian dalam rumah dibahagikan kepada beberapa bilik sebagai bilik karaoke dan turut terdapat ruangan jakuzi," katanya.

Tiga jam selepas serbuan ke atas rumah teres terbabit, polis kemudian memeriksa sebuah kondominium di kawasan yang sama dan menemui beberapa jenis dadah di unit berkenaan serta di dalam kereta jenis Toyota Alphard yang diletakkan di kawasan kondominium tersebut.

Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang berada di rumah itu turut ditahan, katanya.

Dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas 37,000 biji pil eramin 5 termasuk dadah jenis ketamin, Eramin 5 dan ekstasi dalam bentuk serbuk.

"Kira-kira 400 paket dadah campuran ketamin, eramin 5 dan ekstasi berbentuk serbuk dibungkus dalam bungkusan minuman teh cina serta 15 paket dadah campuran yang berbentuk serbuk dibungkus dalam bungkusan minuman teh Lipton termasuk beberapa alatan menyedut serbuk dadah dan membungkus dadah dirampas.

"Kita juga merampas wang tunai berjumlah RM48,000 dan US$1,000," katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari.— BERNAMA

Lokasi air terjun dipasti bebas penyakit kencing tikus

Posted:

Lokasi air terjun dipasti bebas penyakit kencing tikus

Lokasi air terjun dipasti bebas penyakit kencing tikus

17/06/2012 6:42pm

BESUT — Kerajaan negeri Terengganu mengambil langkah sewajarnya mengelak jangkitan penyakit berbahaya seperti kencing tikus di lokasi kunjungan pelancong seperti kawasan air terjun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, ini kerana semua lokasi berkenaan akan dilengkapi peralatan penapis air yang mengandungi bahan yang membunuh virus penyakit berkenaan.

Menurutnya, pemasangan alat penapis air itu selaras dengan usaha kerajaan negeri menarik kedatangan pelancong ke Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan beranggapan negatif terhadap tempat perkelahan air terjun kerana tindakan pencegahan telah diambil pihak kerajaan," katanya selepas menutup Tebu Mountain Challenge di Pusat Perkelahan Air Terjun Belatan, Jabi, di sini.

Beliau berkata, sempena TMT 2013, kerajaan negeri mensasarkan kira-kira empat juta pelancong termasuk daripada luar negara akan melawat tempat-tempat pelancongan menarik seluruh negeri ini tahun depan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan