Ahad, 24 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tiga nilai buruk Pakatan

Posted: 23 Jun 2012 04:31 PM PDT

MukaDepan

 NAJIB menyerahkan sumbangan kepada wakil murid Orang Asli Daerah Kuala Langat, Foziah sambil diperhatikan Rosmah dan Noh pada pelancaran PDK Ku Sihat Peringkat Kebangsaan di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam.

NAJIB menyerahkan sumbangan kepada wakil murid Orang Asli Daerah Kuala Langat, Foziah sambil diperhatikan Rosmah dan Noh pada pelancaran PDK Ku Sihat Peringkat Kebangsaan di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam.

- Janji tak ditepati
- Budi tidak dihargai
- Hutang tak bayar
PULAU CAREY: Pembangkang menyemai tiga nilai buruk dalam kalangan rakyat negara ini yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, nilai buruk itu adalah janji tidak pernah ditepati, budi tidak perlu dihargai serta hutang tidak perlu dibayar.
"Apabila mereka berjanji, itu hanya janji politik mereka saja. Apabila kita berbudi (memberi bantuan kepada rakyat) mereka akan sakit hati...

"Hutang pula mereka tidak mahu bayar sedangkan ia ajaran agama dan roh diseksa apabila hutang tidak dibayar," katanya pada pelancaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat Peringkat Kebangsaan di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanievel.
PDK Ku Sihat, inisiatif yang dijalankan menerusi Program Semai Bakti yang menjadi usaha sama di antara Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan Badan Amal Negeri, Kementerian Kesihatan dan swasta.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, hanya kerajaan yang diterajui BN mampu membela serta sentiasa mengutamakan dan memastikan kebajikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan seperti Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Mana ada negara di dunia memberi perkhidmatan kesihatan hanya RM1 kepada rakyatnya. Orang kurang upaya (OKU) dan warga emas pula mendapat rawatan percuma.

"Kerajaan amat prihatin terhadap kesihatan rakyat dengan menyediakan 145 hospital di seluruh negara, 2,800 klinik kesihatan dan 103 Klinik Rakyat 1Malaysia dengan 63 lagi sedang dirancang," katanya.

Mengulas program berkenaan, Najib berkata, ketika ini 18,000 OKU di seluruh negara dan sudah mendaftar di 468 PDK di seluruh negara.

"Kita menyeru rakyat di negara ini supaya tidak perlu malu mendaftarkan anak mereka yang kurang upaya di PDK supaya mereka dapat dibantu menerusi pelbagai program yang diatur bagi membentuk mereka menjadi insan berguna dalam masyarakat," katanya.

Sementara itu, Rosmah selaku Yang Dipertua BAKTI berkata, kurang kesedaran dan pengetahuan di kalangan ibu bapa serta guru menyebabkan ramai kanak-kanak OKU membesar di bawah paras kemiskinan.

"Sikap mereka itu menyebabkan golongan ini hidup terasing dalam kelompok kecil sedangkan jika diberi pendidikan khas, mereka mampu menjalani kehidupan normal," katanya.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey yang masih belum mempunyai bekalan elektrik dan air selain bantuan pakaian sekolah dan makanan berjumlah lebih RM800,000 kepada 1,257 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli dan kaum India yang disalurkan Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Najib turut berjanji menyelesaikan masalah penempatan masyarakat India di Pulau Carey.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


6 penyelam hilang di Tioman

Posted: 23 Jun 2012 04:29 PM PDT

MukaDepan

ROMPIN: Enam penyelam hilang, dipercayai di bawa arus deras, ketika mengikuti kursus menyelam di Pulau Cebeh, Tioman, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kumpulan penyelam terbabit dikatakan menaiki sebuah bot bersama 14 rakan lain beserta bekalan tong oksigen bagi menjalankan aktiviti selaman di sebuah pulau di kawasan berkenaan.

Sehingga malam tadi, identiti mangsa belum dikenali tetapi difahamkan, mereka masingmasing seorang lelaki warga China dan Singapura serta masing-masing dua lelaki dan wanita rakyat tempatan yang berusia antara 25 hingga 30 tahun. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berkata kumpulan 20 penyelam itu dibahagikan kepada tiga kumpulan ketika latihan itu tetapi hanya seorang daripada kumpulan penyelam yang hilang itu timbul manakala enam rakannya yang lain hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan