Ahad, 17 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


JAS larang pembakaran terbuka

Posted:

JAS larang pembakaran terbuka

JAS larang pembakaran terbuka

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

PEMBAKARAN terbuka boleh menjejaskan kualiti udara di Lembah Klang yang sedia teruk. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam mengisytiharkan perintah larangan pembakaran terbuka di semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa serta-merta ekoran masalah jerebu yang melanda kawasan tersebut ketika ini.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata, larangan tersebut akan berterusan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan tersebut tidak melibatkan pembakaran mayat atau bagi tujuan keagamaan dan majlis barbeku.

"Mereka yang sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Halimah memberitahu, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi juara berkat petua Chef Liza

Posted:

Jadi juara berkat petua Chef Liza

Jadi juara berkat petua Chef Liza

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


CHEF LIZA memberi taklimat kepada para peserta sebelum bermulanya Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Petua Chef Liza Zainol selaku Ketua Juri Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 untuk menghasilkan biskut yang sedap berjaya membantu Nur Atiqah Ayu Ong Abdullah, 50, untuk dinobatkan sebagai juara kategori biskut pada Cabaran Daisy Sehebat Chef Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa di sini semalam.

Nur Atiqah yang tewas dalam persaingan peringkat zon tahun lalu kali ini menghasilkan biskut mentega kacang Daisy yang bukan sahaja enak tetapi juga memenuhi kriteria Chef Liza iaitu sajian tersebut mesti rangup dan cair di mulut.

"Tidak sangka pula berkat tunjuk ajar itu telah membantu saya menghasilkan biskut yang lebih enak sehingga memikat hati juri," kata suri rumah itu yang mempunyai pengalaman membuat kek, biskut dan kuih selama 10 tahun. Pada tahun lalu, Nur Atiqah mempertaruhkan biskut jarum emas tetapi tewas kepada peserta yang lebih muda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Majoriti terima tawaran saham

Posted:

Majoriti terima tawaran saham

Majoriti terima tawaran saham


MOHD. ISA (dua dari kiri) menyampaikan replika kad ahli alumni Kolej Yayasan Felda kepada Ruzman Awang di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga di Bentong semalam.


BENTONG - Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad.

Beliau berkata, hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.

"Penyenaraian FGV dijadual pada 28 Jun di Bursa Malaysia dan kami telah menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.

"Tawaran saham sebanyak 800 unit itu wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.

"Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGV," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan