Khamis, 28 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Tuisyen percuma dilancar

Posted: 28 Jun 2012 03:21 PM PDT

Nasional

NAJIB melancarkan Program iTR1M di Putrajaya, semalam.

NAJIB melancarkan Program iTR1M di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang menyediakan tuisyen percuma kepada 10,000 pelajar di Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum tahun ini, dilancarkan semalam.

Projek perintis untuk Selangor itu akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sesi Sembang Perdana Menteri Bersama Profesor dan Profesor Madya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini Program yang berlangsung 18 Jun hingga Oktober itu dilaksanakan di sebanyak 107 sekolah, iaitu 30 sekolah menengah dan 77 sekolah rendah di Selangor, membabitkan 350 guru yang memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kerajaan turut meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Ia diserahkan kepada pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam ucapannya, Razak meminta ahli akademik memainkan peranan meningkatkan mobiliti sosial rakyat menerusi pendidikan, sekali gus memantapkan modal insan dan modal intelektual negara.

Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, perlu ada keseimbangan dalam mengadun dua prinsip asas, iaitu meritokrasi atau kecemerlangan dengan keadilan sosial bagi memastikan tiada kelompok masyarakat ketinggalan.
"Kalau kita pandang sekali imbas, ada percanggahan antara dua prinsip ini, tetapi hakikatnya kita perlu mengolahnya dalam konteks sebuah negara berbilang kaum di mana kawasan luar bandarnya begitu luas dan golongan berpendapatan rendah masih ramai.

"Kalau sistem kita (kerajaan) tidak memberi peluang yang adil kepada golongan terbabit, maka akan berlaku kepincangan dalam masyarakat. Justeru, kita nak adun keadilan sosial dan pada masa sama mengiktiraf merit," katanya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Mohamad Awang. Beliau yang juga wakil Majlis Kesatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang mempunyai kira-kira 30,000 ahli di seluruh negara menyampaikan memorandum mengandungi tujuh perkara kepada Perdana Menteri.

Najib juga menekankan, pelajar di pedalaman dan luar bandar atau keluarga miskin di bandar harus diberi sedikit keistimewaan daripada segi akademik supaya berpeluang dalam perjalanan mencapai mobiliti sosial untuk memperbaiki taraf hidup.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


FGV pengiktirafan terbaik: PM

Posted: 28 Jun 2012 03:19 PM PDT

Nasional

DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Sabri Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika penyenaraian saham FGV, semalam. - Foto Yong Chee Choong

DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Sabri Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika penyenaraian saham FGV, semalam. - Foto Yong Chee Choong

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak bersyukur atas kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semalam iaitu tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia selepas Facebook.

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan menjana kekayaan menggunakan strategi tersendiri yang patut dibanggakan kerana adalah cetusan idea dalam negara.

"Saya diberitahu mengenai kejayaan penyenaraian FGV. Ini satu pencapaian besar bagi kita. "Ia IPO yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook, boleh tahan, bukan calang-calang. Ia lahir daripada kita sebab kita ada idea dan kita mampu jana kekayaan.

"Bila kita jana kekayaan baru kita agih pada peneroka FELDA. Semua dapat durian runtuh, bukan melalui kerajaan tetapi menerusi Felda, 112,000 keluarga peneroka FELDA dapat manfaat," katanya pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institut Pengajian Tinggi Awam, di sini semalam.

FGV mengakhiri dagangan pada paras lebih kukuh dengan harga RM5.30 sesaham selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39.

Kata Najib, penyenaraian FGV juga menjana modal pasaran sekitar RM20 bilion yang boleh dianggap sebagai penjanaan kekayaan kepada negara.
Perdana Menteri turut menegaskan perolehan kekayaan itu membolehkan negara menambah baik kedudukan dalam pelbagai bidang berkaitan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan