Rabu, 6 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis siap sedia banteras bookie Euro 2012

Posted:

Polis siap sedia banteras bookie Euro 2012

Polis siap sedia banteras bookie Euro 2012

06/06/2012 7:26pm

KUALA LUMPUR - Pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi membabitkan kejohanan bola sepak Euro 2012 yang akan bermula Jumaat ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang memantau laman web dan laman sosial berkaitan.

"Kita memang ada jalankan kerjasama dengan SKMM bagi membanteras perjudian alabookie itu," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin sebelum ini berkata, bahawa terdapat beberapa individu termasuk orang kenamaan di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola sepak Euro.

Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan polis bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lepas, Mohd. Bakri berkata individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk menggerakkan operasi berkenaan yang melibatkan keuntungan berbilion ringgit.

Abdul Jalil berkata, kerjasama dengan SKMM dijalankan berikutan kejayaan polis dalam mengekang perjudian seumpama itu pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.— BERNAMA

Rasuah: Pegawai latihan vokasional dipenjara tiga tahun

Posted:

Rasuah: Pegawai latihan vokasional dipenjara tiga tahun

Rasuah: Pegawai latihan vokasional dipenjara tiga tahun

06/06/2012 5:58pm

SHAH ALAM - Seorang pegawai latihan vokasional dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperoleh suapan RM3,370 daripada seorang pengurus syarikat pada April tahun lepas.

Hakim M. Bakri Abd. Majid juga memerintahkan Muhamad Hanusi Hasim, 34, dari Tronoh, Perak dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.

Beliau juga mengarahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu 25 Julai 2011.

Dalam penghakimannya, M. Bakri berkata, pembelaan Muhamad Hanusi bersifat penafian semata-mata serta gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan, namun menaikkan jumlah jaminan dari RM6,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

Purata tiga kes curi motosikal di Terengganu setiap hari

Posted:

Purata tiga kes curi motosikal di Terengganu setiap hari

Purata tiga kes curi motosikal di Terengganu setiap hari

06/06/2012 5:57pm

KUALA TERENGGANU - Purata dua hingga tiga kes curi motosikal berlaku di Trengganu setiap hari, penyumbang tertinggi kadar indeks jenayah di negeri ini, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa.

Beliau berkata pecah rumah merupakan satu lagi penyumbang utama kepada kadar indeks jenayah di negeri ini.

Katanya kegagalan pemilik motosikal menggunakan kunci pendua atau kunci tambahan di kenal pasti antara punca utama menyebabkan kes kecurian motosikal di negeri ini meningkat.

"Tanggungjawab dan kesedaran pemilik berkaitan kepentingan menggunakan kunci tambahan ini pastinya dapat mengurangkan risiko kenderaan mereka dicuri kerana berdasarkan kebanyakan kes sebelum ini, ia berpunca kerana tiadanya kunci pendua dilekatkan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan