Rabu, 6 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Forum awam syarat lulus projek mega

Posted: 05 Jun 2012 11:58 AM PDT

MukaDepan

Pendapat ramai diambil kira sebelum laksana rancangan berimpak tinggi pada masa depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menjadikan sesi pendengaran awam sebagai antara syarat pelaksanaan projek besar impak tinggi yang membabitkan kepentingan dan keselamatan awam.

Ia bagi membolehkan masyarakat setempat mendapat fakta dan maklumat mencukupi mengenai projek berkenaan serta mengelakkan sesuatu projek dipolitikkan oleh pihak berkepentingan.

Jawatankuasa khas itu sebelum ini mengakui Lynas kurang melakukan program penyertaan awam sejak awal pelaksanaan projek itu. Ia juga menegaskan bahawa isu itu perlu ditangani dengan bukti dan pendekatan saintifik kerana pandangan berasaskan sentimen tidak akan menyelesaikannya.

Cadangan itu antara syor yang akan dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Lynas pada sesi Dewan Rakyat, 18 Jun depan.

Menurut sumber, syor itu masih diteliti oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kata sumber itu, cadangan berkenaan sejajar dengan amalan negara maju, terutama projek yang membabitkan impak tinggi terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk seperti loji nuklear.

"Sekurang-kurangnya enam syor diteliti jawatankuasa itu selepas tiga sesi pendengaran awam berhubung kontroversi kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang itu.
"Cadangan akan dimuktamadkan esok sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya kepada Berita Harian semalam.

Jawatankuasa khas itu bersidang semalam dan kelmarin, sebelum mengadakan mesyuarat akhir esok bagi menyiapkan laporan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Khaled ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat semalam enggan menjelaskan butiran syor jawatankuasa yang masih diteliti itu. Bagaimanapun, beliau mengesahkan jawatankuasa itu ada membincangkan syor supaya kerajaan meningkatkan pembabitan umum dalam pelaksanaan projek akan datang bagi mengelakkan isu sama berulang.

"Aspek teknikal (pendengaran awam) bergantung kepada pihak berkuasa... PSC hanya mencadangkan perkara itu," katanya.

Jawatankuasa khas itu sebelum ini mengakui Lynas kurang melakukan program penyertaan awam sejak awal pelaksanaan projek itu. Ia juga menegaskan bahawa isu itu perlu ditangani dengan bukti dan pendekatan saintifik kerana pandangan berasaskan sentimen tidak akan menyelesaikannya.

Sementara itu, pakar kejuruteraan kimia Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, berkata sesi pendengaran awam akan memberi ruang kepada kerajaan untuk mendengar pandangan masyarakat, pakar dan pihak berkepentingan berhubung pelaksanaan sesuatu projek impak tinggi.

"Ia juga saluran terbaik untuk menyalurkan fakta kepada masyarakat dan mengelakkan sesuatu projek diputar belitkan oleh pihak tertentu," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan