Ahad, 10 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


30,000 ikrar setia pada Sultan

Posted:

30,000 ikrar setia pada Sultan

30,000 ikrar setia pada Sultan

SULTAN IBRAHIM (gambar kecil) kelihatan sebak ketika 30,000 rakyat Johor menyatakan ikrar taat setia pada baginda di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak itu bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam)," titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan "Daulat Tuanku" oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan Badan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bapa Chong Wei nyaris terjatuh

Posted:

Bapa Chong Wei nyaris terjatuh

Bapa Chong Wei nyaris terjatuh

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

BUKIT MERTAJAM - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semalam mencemaskan pelbagai pihak apabila dia cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai sebelum niatnya itu dihalang polis yang bertindak pantas menangani kejadian tersebut.

Lee Ah Chai, 59, yang juga mendakwa tidak dipedulikan oleh ahli keluarganya bertindak cuba terjun di Kilometer 2 jambatan tersebut pada pukul 7.45 pagi. Tempat itu setinggi kira-kira 20 meter.

Ah Chai yang kelihatan tertekan ekoran kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk diambil keterangan sebelum dia dibebaskan pada sebelah petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anggota sukarelawan ditempatkan di sekolah

Posted:

Anggota sukarelawan ditempatkan di sekolah

Anggota sukarelawan ditempatkan di sekolah

Oleh LUQMAN RIDHWANMOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


HISHAMMUDDIN (tengah) dan isterinya, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah bersama-sama anggota Skuad Muda KDN selepas majlis perasmian himpunan skuad tersebut di Serdang semalam.


SERDANG - Anggota badan-badan kesukarelaan seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bakal ditempatkan di kawasan sekolah bagi meningkat tahap keselamatan para pelajar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan di peringkat Kabinet bagi mengelakkan kes penculikan seperti yang menimpa kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, pada 27 April lalu daripada berulang.

"Kita akan menambahkan kehadiran mereka (pihak berkuasa) terutamanya ketika waktu pelajar masuk dan keluar dari sekolah," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan