Khamis, 7 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Wanita Malaysia bawa dadah dari Afrika ditahan

Posted:

Wanita Malaysia bawa dadah dari Afrika ditahan

Wanita Malaysia bawa dadah dari Afrika ditahan

PENAHANAN Noor Shahidah oleh pihak kastam Thailand di Bangkok yang dipetik dari sebuah portal berita Thailand.


BANGKOK – Seorang wanita dari Malaysia, Noor Shahidah Osman telah didakwa kerana melakukan penyeludupan dadah kristal methamphetamine (syabu) bernilai lebih AS$500,000 (RM1.58 juta) di sebuah lapangan terbang utama di sini, kata beberapa pegawai kastam semalam.

Noor Shahidah, 47, ditangkap selepas dadah itu yang seberat 4.8 kilogram telah ditemui di dalam bagasinya di lapangan terbang itu kelmarin.

Ketika dadah tersebut ditemui, dia baharu tiba dari Benin, Afrika Barat.

Menurut Pengarah Biro Penyiasatan dan Pencegahan Kastam Thailand, Rakop Srisupaat, beberapa pegawainya menyatakan dadah tersebut yang turut dikenali sebagai ais disembunyikan dalam 11 beg tangan.

"Dia menyatakan beg tersebut dibeli di Benin tanpa menyedari terdapat dadah di dalamnya.

"Dadah yang dirampas akan dijual di sini.

"Kami sedang mencari pengedar yang mungkin telah mengupah suspek untuk membawa dadah tersebut," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Durian runtuh BR1M sekali lagi

Posted:

Durian runtuh BR1M sekali lagi

Durian runtuh BR1M sekali lagi

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa di Kuala Selangor, Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan reaksi positif mengenainya.

Beliau menegaskan, Najib dalam reaksi positifnya berkata: "Apa susah, kita ada sumber tetapi kadangkala pendapatan tidak dikutip.

"Sebab itu pada tahun lalu, beliau (Najib) mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil sehingga dapat menambah RM26 bilion tanpa menaikkan cukai.

"Pada tahun ini, saya dengar pula beliau meminta LHDN supaya meningkatkan hasil kutipan cukai sehingga RM30 bilion," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sri Wani naik angin di mahkamah

Posted:

Sri Wani naik angin di mahkamah

Sri Wani naik angin di mahkamah

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah tiba-tiba naik angin di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menuduh peguam suaminya, Muhammad Hafiz Ab. Rashid bersubahat untuk memenjarakan dirinya.

Sri Wani dengan suara tinggi sambil mengangkat tangan ke arah Muhammad Hafiz berkata, "Saya cukup sabar ni... Inikah orang Islam? Bersongkok dan berjanggut tapi bersubahat memalukan saya, saya ada bukti!"

Tindakan pemilik butik kecantikan itu mengejutkan galeri awam sehingga menyebabkan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan campur tangan dan menegur sikap Sri Wani, 37, dengan memintanya supaya bersabar dan tidak membuat bising.

Muhammad Hafiz turut bangun untuk membalas tuduhan Sri Wani namun kembali duduk selepas diarah oleh Abdul Walid supaya tidak mengeruhkan lagi suasana.

Sri Wani dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan berikutan permohonan komital yang dibuat suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, kelmarin untuk memenjarakan dirinya selepas didakwa melanggar lapan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 29 Disember 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan