Khamis, 7 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kempen politik di TV, radio

Posted: 06 Jun 2012 05:59 PM PDT

MukaDepan

Semua parti bertanding PRU-13 berpeluang jelaskan manifesto masing-masing

KUALA LUMPUR: Semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diberi peluang sama rata menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagaimanapun berkata pihak berkuasa berkaitan akan menentukan syarat dan had tempoh masa yang sesuai kepada parti politik berbuat demikian. Perkara itu diputuskan selepas kertas Kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses media sama rata membentangkan manifesto, diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pagi semalam.

Katanya, apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau pada tempoh berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti politik dibenarkan menjelaskan manifesto masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan badan penyiaran lain.

"Peranan badan penyiar swasta pula akan ditentukan oleh kerajaan selepas ini mengikut hak serta lunas undang-undang sedia ada," katanya ketika merasmikan Wisma Berita RTM dan Pelancaran Portal Berita serta Arkib Digital, di Angkasapuri, di sini semalam.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Joseph Salang dan Datuk Maglin Dennis D'cruz; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail serta Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaafar.
Dalam pada itu, Rais berkata, untuk memberi kebenaran menyampaikan maklumat, RTM perlu mengikut selera parti politik kerana ia turut diamalkan di negara Komanwel dan negara maju lain yang menetapkan syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

"Misalnya di England, BBC memberi 10 hingga 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti politik ketika pilihan raya dengan beberapa syarat yang mereka kenakan. Begitu juga di Singapura dan Thailand. Malah, yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang dengan syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima pelbagai pihak.

"Tentu sekali keputusan ini (memberi akses sama rata) menyebabkan banyak persoalan dan pandangan akan diberi pelbagai pihak, namun kerajaan menerimanya secara terbuka," katanya.

Rais juga berkata, pembinaan bangunan Wisma Berita RTM mencipta satu sejarah dan mercu kejayaan dalam bidang penyiaran negara.

"Walaupun rumah baru dan alat baru (Wisma Berita RTM) sudah terbina, yang penting adalah profesionalisme harus diutamakan terutama dalam membuat, mengolah dan menyebarkan berita.

"Oleh itu, kita akan melihat sejarah baru ini bagaimana profesionalisme dapat diterjemah dalam pemberitaan, disamping hak untuk mendapatkan liputan yang adil," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

z

Buatlah macamana pihak pembangkang tetap akan cari jalan cakap pilihan raya tak adil. Hanya kalau mereka menang aje mereka tak komen apa-apa

alinda

berpoitik penting. kutuk-mengutuk berdosa. memberi peluang itu adil. menafi hak tak kena.

sufi

Sokong tindakan kerajaan...lepas ni rakyat akan tahu menilai siapa yg lebih berusaha utk menunaikan janji manifesto pilihan raya ni..

zul merchang

harap mendapat maklumat yang lebih adil.. selama ini asyik dengar berita yang tidak jelas.. moga PRU kali ini lebih telus dan adil...

mas

elok lah tu. skrg kena buat terang-terangan biar sapo yg ado tv / radio tu dgr & tgk pehtu timbang2kn sendiri :)

M Ridzman

Harap ruang yg diberikan dpt dimanfaatkan dan bukan dijadikan medan untuk kutuk mengutuk yang sepatutnya menjadi medan untuk membela nasib rakyat. Bukan asyik bercerita nak bela nasib rakyat tapi xde tindakan...sekadar bercerita saje, apa pon x bleh!

roslan lan

ini kali laaa...
baru adil..


Nazarrudin tekad kejar, bergelut tangkap peragut

Posted: 06 Jun 2012 03:09 PM PDT

MukaDepan

SEREMBAN: Keberanian seorang pemuda yang nekad mengejar dan bergelut dengan dua peragut bermotosikal berjaya menangkap seorang daripada mereka dalam kejadian di sini semalam.

Kejadian jam 12.20 tengah hari itu berlaku selepas dua penjenayah itu meragut rantai seorang wanita di depan kompleks beli-belah Seremban Parade.

Ketika kejadian, Mohd Salehuddin Nazaruddin, (gambar) 21, yang sedang membantu bapanya saudaranya menyelenggara kabel telekom di tepi jalan mendengar bunyi deruman kuat enjin motosikal sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan. "Saya kemudian nampak dua lelaki menunggang sebuah motosikal cuba melarikan diri. Saya yang memang geram dan marah dengan peragut kerana membahayakan nyawa orang ramai, terus mengejar motosikal itu dan menarik baju pemboncengnya," katanya.

Pembonceng motosikal itu kemudian terjatuh lantas Mohd Salehuddin memegang kedua-dua lelaki terbabit hingga berlaku pergelutan. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya memecut motosikal meninggalkan rakannya.

Beliau berkata, lelaki yang ditinggalkan itu kemudian cuba melarikan diri ke arah seorang penunggang motosikal lain yang menunggu kira-kira 50 meter dari situ.

"Ketika dia melarikan diri, saya segera menendang kakinya menyebabkan dia terjatuh lalu menangkapnya," katanya yang kesal kerana orang ramai hanya melihat saja kejadian itu.
Penunggang motosikal yang menunggu itu kemudian memecut motosikal melarikan diri. Bagaimanapun, Mohd Salehuddin berpuas hati kerana dapat membantu memberkas penjenayah terbabit walaupun mengalami lebam pada tangan.

"Saya bersyukur kerana wanita berusia 40-an yang diragut itu mendapat semula rantainya yang terjatuh ketika pergelutan," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan