Selasa, 5 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


SMART urus 1,825 tan sampah

Posted:

SMART urus 1,825 tan sampah

SMART urus 1,825 tan sampah

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

PARA pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan pada terowong SMART setiap kali ia digunakan untuk lencongan air.


KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (SMART) kini terpaksa mengurus sebanyak 1,825 tan sampah-sarap dari Sungai Klang dan Sungai Ampang pada setiap tahun atau sebanyak lima tan sampah pada setiap hari.

Pengarah Pusat Kawalan SMART, Nor Hisham Ghazali (gambar kecil) berkata, air banjir lebihan daripada kedua-dua sungai tersebut yang dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang milik SMART mengandungi pelbagai jenis sampah yang dibuang penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, sampah yang memasuki kolam takungan tersebut mengakibatkan SMART terpaksa membelanjakan sebanyak RM150,000 pada setiap tahun untuk menguruskan sisa buangan yang tersekat dan terperangkap pada sistem perangkap sampah automatik SMART.

"Jika keadaan ini berterusan, kos operasi yang ditanggung oleh SMART akan meningkat bukan sahaja untuk menguruskan sampah-sarap tersebut malah pelbagai peralatan yang digunakan pada terowong tersebut turut berisiko untuk mengalami kerosakan.

"Sampah yang banyak di kedua-dua sungai tersebut juga boleh menghalang laluan air sungai sehingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat," katanya pada sidang media selepas majlis bersama media di Pusat Kawalan SMART di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penyakit tibi merebak angkara PATI

Posted:

Penyakit tibi merebak angkara PATI

Penyakit tibi merebak angkara PATI


KEMASUKAN PATI ke negara ini dikatakan menjadi salah satu faktor penyakit tibi sukar dikawal dan dicegah di negara ini. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat sebagai salah satu faktor utama penyakit Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering sukar dikawal dan dicegah di negara ini.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif berkata, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu.

"Melalui pemerhatian IPR, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit itu.

"Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit tersebut sukar untuk dicegah," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ras Adiba disaman RM3.2 juta

Posted:

Ras Adiba disaman RM3.2 juta

Ras Adiba disaman RM3.2 juta

Ras Adiba


KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat memfailkan saman berjumlah RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd. Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham.

Pengarah syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd., Nik Fauzi Nik Hussein memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lepas menerusi Tetuan K.C. Tang & Co. di Mahkamah Tinggi di sini.

Kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes semalam di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd. Haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi, mewakili Nik Fauzi.

Haziq memberitahu pemberita bahawa Norhanum menetapkan 27 Jun untuk pengurusan kes.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa, beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd. sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual kesemua saham tersebut kepada Ras Adiba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan