Selasa, 5 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kontraktor kecil selia projek

Posted: 04 Jun 2012 12:20 PM PDT

LANGKAWI: Kira-kira 35,000 kontraktor Kelas D, E dan F berpeluang mendapat projek penyelenggaraan berkala jalan Persekutuan bagi memberi peluang kepada mereka mendapat manfaat daripada projek kerajaan.

Sebagai permulaan, kerajaan menjadikan 10 projek jalan baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang sebahagian daripadanya sudah siap sebagai perintis pelaksanaan program berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata menerusi projek secara tender itu, kerajaan menyasarkan lebih banyak syarikat kecil terbabit dalam projek penyelenggaraan berkala jalan raya Persekutuan yang sebelum ini diberikan kepada syarikat konsesi.

Beliau berkata, sehingga akhir hujung tahun ini, kementerian memperuntukkan RM170 juta untuk program itu dan meningkat setiap tahun.

"Amalan ketika ini menyerahkan kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan secara rutin dan berkala kepada syarikat konsesi tidak banyak membantu pengagihan ekonomi kepada kontraktor kecil," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) 2012, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ini kerja penyelenggaraan berkala diberi kepada syarikat konsesi sedangkan mereka sudah diberikan projek penyelenggaraan rutin membabitkan tiga syarikat di Semenanjung dan lima di Sabah dan Sarawak.
"Sebelum ini hanya 30 peratus kontraktor Kelas D, E dan F terbabit dalam kerja penyelenggaraan dan kita menyasarkan untuk meningkatkan bilangan penyertaan kontraktor kecil sekitar 40 peratus tahun ini, tetapi kalau dapat mencapai 50 peratus lebih baik.

"Kerja penyelenggaraan rutin diberikan kepada syarikat konsesi, tetapi penyelenggaraan berkala terpulang kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menentukan sama ada kepada konsesi atau tender terbuka.

"JKR diminta mengadakan mekanisme bagi mempercepatkan sebut harga proses penyelenggaraan berkala. Peluang diberi kepada kontraktor kecil bukan menidakkan syarikat konsesi, tetapi memberi keseimbangan kepada syarikat kecil menceburi bidang itu," katanya.

Shaziman berkata, sepanjang tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM268.7 juta bagi penyelenggaraan rutin dan RM246 juta projek penyelenggaraan berkala.

Ditanya mengenai mutu kerja kontraktor kecil, beliau berkata penyertaan syarikat kecil menjadi landasan terbaik untuk meningkatkan mutu kerja.

"Saya yakin syarikat kecil mampu membuat kerja yang dilakukan syarikat konsesi. Ada 60,000 kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan daripada jumlah itu 27,000 adalah kontraktor Kelas F," katanya.


Tiga remaja perempuan maut buat pusingan U

Posted: 04 Jun 2012 12:06 PM PDT

MukaDepan

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.

Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka. Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

"Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat," katanya.

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan