Sabtu, 2 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kak Mas pembuka nafsu

Posted: 01 Jun 2012 01:33 PM PDT

RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir 'kunci nafsu' oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.

Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.

Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Sekali pandang saya dapat meneka lelaki yang mahu berurut dengan saya sebenarnya terkena sihir akibat perbuatan isteri pertama atau teman wanita.


"Mereka sebenarnya berbuat demikian kerana tidak mahu berkongsi suami atau teman lelaki kerana mahukan lelaki itu menjadi milik mereka sahaja," kata Kak Mas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tinggi, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Ragut nyawa dari belakang

Posted: 01 Jun 2012 01:32 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas tidak sempat tiba di rumah bagi membuat kuih untuk dijual, apabila dia menemui ajal dalam kejadian cubaan ragut kira-kira satu kilometer (km) dari kediamannya di simpang tiga Pusat GiatMara, Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Zahrah Zakaria, 63, yang juga seorang ibu tunggal, meninggal dunia jam 6.45 pagi keesokannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki bersama adiknya, Faridah Zakaria, 43.

Bagaimanapun, Faridah hanya mengalami kecederaan ringan di buku lali kanan dan dirawat sebagai pesakit luar hospital sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Deputi Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama adiknya yang menunggang motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang selepas membeli barang dapur di bandar Pasir Mas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan